Wednesday, October 24, 2012

Akhirnya berjumpa..

Pada 22hb.10.12, saya telah berjumpa dengan anak buah yang sekian lama menghilang. what a surprised. terkejut dan terkedu.

Friday, October 19, 2012

Bapa sakit...

Sejak akhir2 ne bapa sering sakit. Saya risau dan keluarga lagi la risau. Dalam waktu yang sama, banyak perkara yg timbul. kisah lama telah terbongkar. Ya Allah tabahkanlah hati ini. Saya harapkan semua yang terjadi ini akan berlalu pergi dengan tenang.

Akhir2 ini juga saya mudah untuk menangis walaupun cuba ditahan namun tetap mengalir.
Ya Allah, bantulah saya.

Saturday, September 1, 2012

Atok telah pergi..

31 OGOS 2012. Jumaat. Pagi syawal. Hari Merdaka Malaysia.
Di bulan syawal yang indah ini, atok telah meninggalkan kami sekeluarga. Huhuhuh. Sedih. Kerana belum puas rasanya untuk bersama dengannya. Yang menyedihkan adalah dia tidak sempat untuk melihat saya melangsungkan perkahwinan. Sedangkan itu la majlis yang di tunggu2.

Atok telah meninggalkan dunia pada bulan syawal di hari Jumaat lebih kurang waktu khutbah jumaat berlangsung. Al-Fatihah kepada atok yang tersayang. Menurut cerita, ketika pergi dia ada bersama makcik Ella & Pakcik Win. Alhamdulillah dia sempat melafazkan 2 kalimah syahadat.

Sepatutnya kemarin, kami sekeluarga ada Majlis Pitas-Sogit. Sogit kambing telah dihantar ke rumah perempuan sebelum hari majlis dilakukan. Dan keluarga saya telah dijemput ke majlis tersebut. Majlis itu untuk abang saya Izen dan bakal kakak ipar saya, Darlane. Namun majlis itu telah dibatalkan.

Kami sekeluarga telah bergegas balik kampung di Kimanis, Papar selepas selesai Solat Jumaat. Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi. Sampai saja di pintu rumah, hati saya amat terusik melihat jenazah yang diletak tengah diruang tamu. Ya Allah, Tabahkanlah hati ini. Melihat lagi mama menangis, hati saya makin sedih. Lalu saya mencari tempat lalu duduk dan membaca yassin untuk atok tersayang. Pada masa itu, airmata saya tidak dapat ditahan.

Doa untuk atok tersayang;
" Ya Allah! Ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, muliakanlah tempat kembalinya, luaskanlah tempat tinagalnya, dan bersihkanlah dia dengan air, salju dan embun. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan atau dosa, sebagaimana bersihnya pakaian putih dari segala kotoran. Gantikanlah untuknya rumah yang lebih bagus dari rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, isteri yang lebih baik daripada isterinya, masukkanlah dia ke syurga, lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya, serta lindungilah dia dari seksa api neraka.
  Ya Allah! Ampunilah kami orang-orang yang hidup, yang mati, yang menyaksikan, yang ghaib, yang kecil, yang besar, yang lelaki dan yang perempuan.
  Ya Allah yang menghidupkannya di antara kami, maka masukkanlah dia atas golongan Islam dan yang mematikannya di antara kami, maka matikanlah dia dengan membawa iman. Ya Allah! Janganlah Engkau menghalangi sampainya pahalanya kepada kami, dan janganlah Engkau sesatkan kami sepeninggalnya. Dengan rahmatmu wahai Dzat yang Maha Pengasih. Segala puji bagi Allah yang menguasai seluruh alam."

Semoga arwah atok berada di tempat2 orang beriman. Amin. Ya Allah, Hati ini rindu kepadanya.

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011

Akhirnya kita di penghujung tahun 2011. Alhamdulilla saya masih lagi hidup. Hehehehhe. Kenapa saya rasa sedih plak ne? Hmmm

Tidak dinafikan tahun ini banyak membawa kegembiraan dalam hidup saya. Walaupun ada terselit kelukaan namun tidakla memuratkan. Dan saya pun lupa apa yang terluka. 

Tahun amat bermakna dalam hidup saya.
1. Saya ada tunang. Tidak disangka saya bertunang. Tidak disangka ada orang mahu saya. Alhamdulilah.
2. Saya dapat degree dalam sains komputer dalam sistem pengurusan dan rangkaian. Alhamdulilah.
3. Saya lupa suda... Hahahhahaha..
Nantilah saya review..

Hmmm, Saya harap tahun depan akan berlaku perkara baik. Amin~ 

Monday, November 28, 2011

Budak bodoh akhirnya dapat Ijazah!!~ I am proud of myself~

Akhirnya saya dapat genggam ijazah. Can't believe it yo.. Hahhahaaha. Iyala saya ini kan kategori budak bodoh tapi alhamdulillah Allah telah berikan saya peluang untuk menikmati perasaan mendapat ijazah. Alhamdulillah kepada Allah s.wt. Ijazah ini hanya untuk ibubapa, adik-beradik dan keluarga.

26.11.11 (Sabtu)
Hari yang di nanti untuk mendapatkan Ijazah saujana muda dengan kepujian dalam bidang sains komputer (Rangkaian dan Sistem Pengurusan) telah di capai. Syukur alhamdulillah...

Bersambung...

Monday, November 21, 2011

Ambil Jubah!!~

Walawey, tidak di sangka saya bakal graduan!!~ Muahahahahha. Ketawa sendiri. Iyala tidak ku sangka budak bodoh macam saya boleh dapat degree. Percaya tidak? Saya sndiri pun tidak percaya. Tetapi hakikatnya.... saya bakal dapat Ijazah sarjana muda dalam kepujian ( Sistem dan Rangkaian) <-----Ntah betul ka tidak. Nanti saya double check. Hehehehhehe.

Ok2....hari ini saya beratur punyala panjang semata2 hanya untuk bayar yuran Konvo. Hmmm salah saya juga. cuz ngok betul tidak ambil jalan muda. Bagus2 boleh bayar online, saya tetap juga pilih bayar manual... Naaa jadi baris la panjang. Ngeeeee.

Syukur alhamdulillah, urusan ambik jubah dan sewaktu dengannya settle!!~ Yiipppiiieeee~ Dan kos segalanya di tanggung oleh diri sendiri. Heee. Tidak apa janji saya puas hati. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. 

Dan thanks juga kepada fiance kerana teman saya berurusan. 

Monday, November 14, 2011

Berlari Atas Gunung

Naaaa sapa sangka saya pun ikut berlari dalam acara Kinabalu International Climbathon 2011. Niat di hati saja jak mau main2. Tapi akhirnya serious konon!!~ Apa2 pun alhamdulillah saya sihat dan selamat ketika mengikuti acara tersebut. Dan saya merasa sangat gembira dan terhibur!!~ Next year, insyahallah!!!~