Saturday, September 1, 2012

Atok telah pergi..

31 OGOS 2012. Jumaat. Pagi syawal. Hari Merdaka Malaysia.
Di bulan syawal yang indah ini, atok telah meninggalkan kami sekeluarga. Huhuhuh. Sedih. Kerana belum puas rasanya untuk bersama dengannya. Yang menyedihkan adalah dia tidak sempat untuk melihat saya melangsungkan perkahwinan. Sedangkan itu la majlis yang di tunggu2.

Atok telah meninggalkan dunia pada bulan syawal di hari Jumaat lebih kurang waktu khutbah jumaat berlangsung. Al-Fatihah kepada atok yang tersayang. Menurut cerita, ketika pergi dia ada bersama makcik Ella & Pakcik Win. Alhamdulillah dia sempat melafazkan 2 kalimah syahadat.

Sepatutnya kemarin, kami sekeluarga ada Majlis Pitas-Sogit. Sogit kambing telah dihantar ke rumah perempuan sebelum hari majlis dilakukan. Dan keluarga saya telah dijemput ke majlis tersebut. Majlis itu untuk abang saya Izen dan bakal kakak ipar saya, Darlane. Namun majlis itu telah dibatalkan.

Kami sekeluarga telah bergegas balik kampung di Kimanis, Papar selepas selesai Solat Jumaat. Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi. Sampai saja di pintu rumah, hati saya amat terusik melihat jenazah yang diletak tengah diruang tamu. Ya Allah, Tabahkanlah hati ini. Melihat lagi mama menangis, hati saya makin sedih. Lalu saya mencari tempat lalu duduk dan membaca yassin untuk atok tersayang. Pada masa itu, airmata saya tidak dapat ditahan.

Doa untuk atok tersayang;
" Ya Allah! Ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, muliakanlah tempat kembalinya, luaskanlah tempat tinagalnya, dan bersihkanlah dia dengan air, salju dan embun. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan atau dosa, sebagaimana bersihnya pakaian putih dari segala kotoran. Gantikanlah untuknya rumah yang lebih bagus dari rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, isteri yang lebih baik daripada isterinya, masukkanlah dia ke syurga, lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya, serta lindungilah dia dari seksa api neraka.
  Ya Allah! Ampunilah kami orang-orang yang hidup, yang mati, yang menyaksikan, yang ghaib, yang kecil, yang besar, yang lelaki dan yang perempuan.
  Ya Allah yang menghidupkannya di antara kami, maka masukkanlah dia atas golongan Islam dan yang mematikannya di antara kami, maka matikanlah dia dengan membawa iman. Ya Allah! Janganlah Engkau menghalangi sampainya pahalanya kepada kami, dan janganlah Engkau sesatkan kami sepeninggalnya. Dengan rahmatmu wahai Dzat yang Maha Pengasih. Segala puji bagi Allah yang menguasai seluruh alam."

Semoga arwah atok berada di tempat2 orang beriman. Amin. Ya Allah, Hati ini rindu kepadanya.