Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011

Akhirnya kita di penghujung tahun 2011. Alhamdulilla saya masih lagi hidup. Hehehehhe. Kenapa saya rasa sedih plak ne? Hmmm

Tidak dinafikan tahun ini banyak membawa kegembiraan dalam hidup saya. Walaupun ada terselit kelukaan namun tidakla memuratkan. Dan saya pun lupa apa yang terluka. 

Tahun amat bermakna dalam hidup saya.
1. Saya ada tunang. Tidak disangka saya bertunang. Tidak disangka ada orang mahu saya. Alhamdulilah.
2. Saya dapat degree dalam sains komputer dalam sistem pengurusan dan rangkaian. Alhamdulilah.
3. Saya lupa suda... Hahahhahaha..
Nantilah saya review..

Hmmm, Saya harap tahun depan akan berlaku perkara baik. Amin~ 

Monday, November 28, 2011

Budak bodoh akhirnya dapat Ijazah!!~ I am proud of myself~

Akhirnya saya dapat genggam ijazah. Can't believe it yo.. Hahhahaaha. Iyala saya ini kan kategori budak bodoh tapi alhamdulillah Allah telah berikan saya peluang untuk menikmati perasaan mendapat ijazah. Alhamdulillah kepada Allah s.wt. Ijazah ini hanya untuk ibubapa, adik-beradik dan keluarga.

26.11.11 (Sabtu)
Hari yang di nanti untuk mendapatkan Ijazah saujana muda dengan kepujian dalam bidang sains komputer (Rangkaian dan Sistem Pengurusan) telah di capai. Syukur alhamdulillah...

Bersambung...

Monday, November 21, 2011

Ambil Jubah!!~

Walawey, tidak di sangka saya bakal graduan!!~ Muahahahahha. Ketawa sendiri. Iyala tidak ku sangka budak bodoh macam saya boleh dapat degree. Percaya tidak? Saya sndiri pun tidak percaya. Tetapi hakikatnya.... saya bakal dapat Ijazah sarjana muda dalam kepujian ( Sistem dan Rangkaian) <-----Ntah betul ka tidak. Nanti saya double check. Hehehehhehe.

Ok2....hari ini saya beratur punyala panjang semata2 hanya untuk bayar yuran Konvo. Hmmm salah saya juga. cuz ngok betul tidak ambil jalan muda. Bagus2 boleh bayar online, saya tetap juga pilih bayar manual... Naaa jadi baris la panjang. Ngeeeee.

Syukur alhamdulillah, urusan ambik jubah dan sewaktu dengannya settle!!~ Yiipppiiieeee~ Dan kos segalanya di tanggung oleh diri sendiri. Heee. Tidak apa janji saya puas hati. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. 

Dan thanks juga kepada fiance kerana teman saya berurusan. 

Monday, November 14, 2011

Berlari Atas Gunung

Naaaa sapa sangka saya pun ikut berlari dalam acara Kinabalu International Climbathon 2011. Niat di hati saja jak mau main2. Tapi akhirnya serious konon!!~ Apa2 pun alhamdulillah saya sihat dan selamat ketika mengikuti acara tersebut. Dan saya merasa sangat gembira dan terhibur!!~ Next year, insyahallah!!!~ 


Wednesday, August 31, 2011

Raya + Merdeka!!~

Alhamdulilah...
Pada tahun ini adalah kali pertama saya menyambut Hari Merdeka di Kedah. Walawey~ Juga, Raya ke-2 pada hari ni. Huh.... Double sambutan perayaan la hari ne.. Hee..

Raya...
Tahun ini saya dan family menyambut hari raya di Kedah Darul Naim. Hmmm, itupun ada promosi tiket murah so apa lagi parent pun sponsor tiket. Semua adik-beradik saya ikut kecuali Izen, Izan dan angah (abang ipar). Tiket Izan dan angah terpaksa dibatalkan sebab izan sarat mengandung dan alhamdulillah dia melahirkan bayi perempuan pada 27hb August 2011 pada jam 12.50 pagi. Comel sangat dan kulit dia kemerah-merahan. Izen pula tidak ikut disebabkan.....tiada alasan yang diberikan....

Cuti...
24 August 2011 (Rabu)
Saya dan beberapa ahli keluarga yang lain berangkat ke Kualu Lumpur pada 10.55 pagi. Airasia sebab tiket free. 0 price. Hanya bayar tax jak. Yang ikut saya adalah Intan, Mahat, Faten, Merah, Comel dan kedua ibubapa Mahat. Kami semua 8orang. 

Di saat akhir baru saya siap packing.... Dan bila di KL baru perasan ada beberapa barangan tertinggal. Barang tidak penting pun. Padam muka sy juga cuz last minute packing barang. Huh.

Apa2 pun sedih juga la cuz beraya jauh dari tunang tersayang. Tidak apala janji tahun depan Insyah-Allah boleh juga together2... (^_^) Semoga tahun pertama menjadi tunang orang ini saya harungi dengan baik. Amin. Sempat lagi salam dia timed dia hantar saya di airport. Yang tidak sempat tu, minta duit jak... wakakakakakaka

Ok setelah sampai di LCCT tu, kawan bapa yang ambil kami. Hmmm dalam perjalanan ke Kajang tu, limpas lagi di KTT. Kolej lama saya. Fuh banyak kenanagan betul~ Sampai jak rumah terus zzZZzzz. Tunggu sungkai jak. Kekekekekekek. And yes, bapa sy juga yang masak. Dia memang suka memasak~

Hari dilalui dengan biasa saja.....

25hb August 2011...
KLCC - Jalan2 sampai patah kaki. Gambar sana sini. Mau beli barang pun sikit. Then pergi Jalan TAR. Fuh, murah2 barangan tapi beli yang penting jak. Then sempat lagi melihat insiden orang kehilangan wallet. Girl dan bukan local. Habis dari sana, terus gerak ke KTM Bank Negara. Punya padat tu Komuter. Kami ditinggalkan dan terpaksa tunggu next komuter. Huh. 

Buka puasa dengan ikan sembilang yang jarang dijumpai di KK. Kalau ada pun, mahal mau mati. Di kajang sy makan dengan pelahapnya. Sedap~



Wednesday, August 24, 2011

Terasa Perbezaan Ramadhan Tahun ini

Tahun pertama menyambut ramadhan dengan gelaran darah manis.

Berpuasa dengan yang tersayang & keluarga.

Saturday, July 9, 2011

Sehari lagi~

Semakin berdebar...

Esok adalah hari pertunangan saya bersama Mohd Shaharul Affindin @ chaun. Tidak di sangka akhirnya saya akan menjadi tunang dia. Bukan senang untuk saya membuat keputusan ini. Iyala kan ini soal hidup hingga ke akhir hayat. Huh!!~Apa2 pun alhamdulillah terbuka juga hati kan. Lagipun dapat sokongan mama dan bapa. Bapa kan garang so susah dia ne mau kasi lepas anak dia dengan lelaki. Bagi dia biar miskin harta janji kaya ilmu agama & dunia. Imbang diri untuk mendapat restui-Nya. 

OK2 mahu cerita ne. Actually barang hantaran untuk chaun ne belum siap!!! Saya serahkan kepada makcik saya. Adik kepada mama saya. Huh. Kalau harapkan saya yg buat, mataiiiii... hahahhahha No komen la...Di harap hantaran tu cantik~ Hmmm, Nak tau lagi!!!~ Semua hantaran untuk chaun tu adalah duit titik peluh saya. A-Z!!~ Dari gam, kertas, reben dan isi2nya adalah duit c afie. Tidak saya harap duit mama bapak saya. Iyala barangan tu kan untuk bakal suami so saya yang pilih saya lah bayar. Kalau mama yang bayar itu tandanya dari dia ke chaun. Ooooohhhh tidakkkk. Baik guna duit sy. Hehehhehehe. Alhamdulillah semua barang suda beli tinggal mau hias jak lagi. Harap cantikkkkk. Hantaran dari saya 11 dan chaun 9.

Hantaran yang saya bagi:- 
1. Baju melayu (untuk pakai hari raya) 
2. Kasut ala james bone (kekekekke). 
3. Sejarah dari mekah. 
4. Al-Quran.
5. Buah-buahan. (Buah2an yang segar k)
6. Kek coklat yang lazat.
7. Perfume Body Shop.
8. Rumah caklat. (Izan dan angah yang buat).
9. Wallet ada dua danbelt.
10. Tuala.
11. Alat mandi!!~

Semoga majlis esok berjalan dengan sempurna. Amin!!~ 

Sunday, June 26, 2011

Mama Pergi Wayang

Hahahahhahah. Belum lagi saya tulis sudah terasa mau ketawa. Iyala mama ajak saya pergi tengok wayang 'KL Gangster'. Gempak ka tidak gempak!! Saya just follow jak. Iyalakan mama birthday so apa salahnya ajak dia sekali sekala. Yang bestnya tu, saya beli tiket wayang dia menggunakan umur budak. kekekekkeke. Nasib baik jak tidak kedapatan. Apa2 pun saya gembira mama saya gembira~ Semoga saya mampu untuk gembirakan dia setiap hari~

Dia kata filem tu memang the bommmmmmmbbb. Best giler dan memang lawak menjadi!!~ Dia suka & saya pun suka.

Friday, June 24, 2011

Mom's Birthday sweet 52

Suprised party untuk mama a.k.a pengarah urusan atas KEM Group!! Inila kali pertama kami membuat sambutan harijadi secara senyap untuk bos. Syukur alhamdulillah perancangan yang dibuat berjaya!!! Wahahahhaha. Terima kasih la kepada semua staf yang dipaksa panggang ayam, potong itu ini dan masak mee. hahahhaha. Yang penting semua dapat makan. yeahhhh. Saya harap mama akan sentiasa sihat walafiat dan mendapat rezeki yang berjuta-juta supaya saya dapat naik gaji. Amin~

Sunday, June 19, 2011

Dekat

Saya merasa susah hati yang amat sangat. Kenapa? Banyak hal untuk dilalui pada waktu terdekat ini. Stress!!! Tapi saya masih mampu untuk tenangkan diri. Study untuk paper II SHO pun belum mula lagi. Habisla kalau saya gagal ne tau. Kecewa tahap gaban la ne. Adedededede.

Well, oleh kerana saya amat streessssss. Spa adalah pilihan saya. Dan paling best tu setelah sekian lama baru saya dapat cari spa yang terbaik di KK. Fuuuhhhhh. Ka'andaman spa memang terbaik. Walaupun agak mahal mampu berbaloi!!! Dan yang penting ada diskaun baik punya. Hah. So lepas ne gaji saya banyak abis di spa la ne. Hehehhehe. Tidak apa janji diri ini belai dengan manja. Yay!! 

Tuesday, June 14, 2011

Kursus Lagi

Niosh Passport. Hmmm kursus lagi. Terpaksa duduk kursus dan duduk exam. Kena ambil cuz saya safety officer. Kena ada passpart masuk site. Arrrggghhh. Nasib jak exam tadi amat senang. Siap tolong member lagi time exam. Fuhhh minta puji betul c afie ne tau. Hahahhahaha. Kan bagus kalau exam SHO macam Niosh passport. Tidak juga saya pening kepala macam ne. Huh. Semoga saya dapat lalui setiap perkara dengan aman. Amin.

Wednesday, June 1, 2011

Debaran..

Disaat ini saya telah menjadi gila kerana menunggu debaran yang makin dekat...OMG!!! Betul ka ne terjadi dengan saya.. Apaka itu....Tunggu!!! Tidak mau heboh2... Nanti tidak terjadi seperti yang dirancang... For sure, saya masih kurang percaya... Semoga Allah mempermudahkan perancangan ini...AMIN..

Tuesday, May 17, 2011

Balik Kampung

Sempena cuti ne, saya mengambil kesempatan untuk melawat nenek n atok di kampung. Yang peliknya, abang saya yang paling susah mau balik tetiba join plak. Apala... Then tanpa di rancang, c chaun pun join.. Errrr... So kami memang ramai. Sempit2 dalam kereta... (Mama, Abg Mahat, Intan, Merah, Comel, Chaun, Izen, Azmi, Manja, Azmi, Faten, Miko & Me).

Atok la paling gembira tengok kepulangan kami. Nenek plak pun sama. Iyala...selalunya mama n budak2 kecik jak yang balik kampung. Tapi tetiba kami yang besar pun ada, takajut la dorang.. Naaaa yang paling kecoh tu, bila dorang nampak c chaun. Macam2 la soalan cebuk emas...Naaaaa kotohhhhhh...

....dan perancangan telah dibuat secara serious.....tetiba plak..... apa yang di rancang biarla rahsia...i malu...


Saturday, May 14, 2011

My Sweet 29th~

Tidak disangka umur saya da 29 tahun!!! Ohhh my god!! Tapi kenapa muka saya tidak seperti 29. Huhuhuhu. Menghairankan... Kadang2 saya terfikir, adakah saya salah tahun. Hehehhehehe. Apa2 pun kena terima hakikat juga. Saya memang dah semakin matang. Huahuahauahua. (Tidak boleh terima hakikat juga ne tau). Hahahahha. Hmmm, Birthday saya tahun ini rasanya ada sedikit kelainan. Nda pernah2 celebrate di Hotel tetiba plak tahun ne sambut di hotel. Macam kaya~~~~ Tapi syukur bukan saya yang bayar.... C chaun!!!! Hehehehhe. Thanks my lovely bf....

Dan paling sweet sekali tu, tetiba plak ada orang nyanyi lagu birthday. Mula2 tu buat bodo jak sebab sebelum tu ada juga customer hotel tu birthday. Then staf tu menyanyi sambil mendekati meja kami sambil bawa kek. Naaaa betul2 ba kek tu landing di depan saya... Terkejuttttttnya sayaaaaaa.... Huahuahuahauahauhaua.. U got me!!~ Dan sememangnya saya sungguh malu...plus terharu.... iyala ba nda pernah kan begitu...sakai la ba seketika... boleh ba kan.... terus saya keras ba di meja saya. Nda mau bergerak ke mana2. Nasib jak saya suda berabis makan sebelum kek tu datang. Huhuhuhuhuhuh. Dan....ada orang putih wish saya birthday... waahhhhhhh..

Apa2 pun saya harap tahun ini saya akan menjadi semakin matang. Semakin dimurahi dengan rezeki halal... Dan mengharapkan kesihatan yang berpanjangan... Dan dapat mencapai impian mandapat bakal suami yang baik hati, penyayang, sihat, beragama dan menjamin saya untuk ke syurga. Itu saja harapan saya.... oya, dan mengharapkan kesihatan ibubapa saya sihat sehingga saya menjadi isteri mahupun ibu kepada anak2 saya. Amin..

Monday, May 9, 2011

Inai Rambut

Baru selesai jak saya dye rambut guna inai...hehehhehe.. 1st time dalam hidup warnakan rambut. Walaupun belum tahu lagi samada menjadi atau tidak tapi saya rasa kelainan plak... Ntahla... Minta puji kali... So esok pagi saya kena bangun awal cuz mau cuci rambut yang penuh dengan inai.. Harap menjadi~ Amin..

Saturday, May 7, 2011

Sakit..

Cerita pada hari jumaat 6may..

Hmmmm...actually saya sakit yang paling teruk tu pada hari jumaat. Kemarin la tu kan... Teruk yang amat sangat... Mula sakit hari isnin. Namun saya ne tidak suka melayang sakit. Lawan punya lawan, hari jumat abis weak berabis.. Nasib time sakit menyerang saya di ofis waktu pagi. Adoooiiii. Masi terasa sakit tu... Namun saya kawal moody saya. Tiada marah2.. Just menahan sakit...

Rasanya saya sakit disebabkan perpisahan itu kali...Saya makin baik bila c chaun tu, cuba memujuk saya makan makan makan...Memang saya teda mood mau makan tapi akhirnya saya menjamah juga makanan... Bubur Mc'd arrr...hahhahahah.. Lepas mkn tu, badan makin panas kepala makin pening perut sakit yang amat sangat. So saya balik la ruma. Half day~ Sampai ruma susah plak mau tido. Paksa punya paksa dapat juga tidur. itupun sejam jak. Menahan pening sampai mengalirkan air mata. Nda pernah2 ba saya begini.... Then plan saya, mau tdo kejap then pegi SR untuk booking kek dan beli kad untuk mama sempena mother's day. Saya kuatkan hati untuk bangun. Then c chaun plak message. Saya balas jak apa2 yang patut. Bila dia tahu saya mau jalan, dia pun mau ikut. Memang geram la juga...kan kami suda breakkk... biarpun lunch tadi bersama tidak bermakna suda couple.... Namun dia tetap degil mau juga pegi rumah saya... Hmmm suka hati dia la mahu ikut ka tidak... Tiada kekuatan suda saya mahu melayan karenah dia...

Then dia pun ikut.... timed on the way pegi SR di Suria Sabah tu, sakit saya tetiba mendadak. Adoiiii.. So Chaun saja yang pegi order kek. Saya just tingal di kereta. Memang tidak larat langsung. Lepas tu baru kami pergi ke CP. Saya paksa diri untuk jalan juga. Niat saya kan mahu cari kad untuk mama. Nda kan saya suruh c chaun plak.. Iskkk nda mo saya... So berjalan la kami... makin saya jalan makin sakit kurang sikit... Mengkali pasal saya ne sedang cuci mata melihat barang2 kan....hahhahahha.... Siap beli kad, chaun ajak makan Sushi King... Saya minum air japaness teh yang panas tu, terus pening saya kurang... Fuhhh lega...Cuma saya tidak berselera untuk makan sushi. Apa yang c chaun bagi, saya tolak jak... Hah lepas jak dari makan, terus saya cari ubat di Guardian. Huh terpaksa cari geng. Kalau tidak merana saya. Dan saya mahu sihat esoknya kan... Lepas dari itu terus saya balik rumah dan chaun pun balik....

Sampai bilik terus makan ubat... Dan akhirnya....saya kurang sakit....hehhehehhe...tidak sesakitnya sebelumnya la... Pengajaran disini....jangan mahu minta puji tidak makan ubat ketika sakit... Mesti makan ubat... Dan saya berharap saya sihat dengan cepat... cuz saya masi rasa pening2...demam....perut? sihattttt....

All in One day~

Dalam satu hari ne begitu banyak perkara yang terindah dalam hidup saya... Saya sangat gembira dan bersyukur...

Kenduri Doa Selamat
Selepas aktiviti 5S di ofis, semua staf berkonvoi balik rumah. Cuma saya melancong sikit pegi ambik kek di Secret Recipe.. Ambik kek..Yeahhhh...Well, kenduri actually untuk all in one... maksudnya di sini... Selain doa selamat untuk meraih kepulangan mama, adik n kak inn yang baru balik dari mengerjakan umrah, ia juga bertujuan lain. 1. Untuk mama. 2. Syarikat berjaya mendapat kontrak pusat selama 2 tahun. 3. Untuk adik saya yang lulus STPM. 4. Untuk saya disebabkan akhirnya dapat DEGREE. Dan paling last adalah disebabkan adik saya c Farhan telah kembali semula bersama kami. Maknanya adik-beradik saya lengkap. Yeahhhh.

Kerana kenduri ini juga la... Nenek saya dan saudara-mara serta kawan2 berkumpul untuk bersama. Bukan senang tahu mahu satukan keluarga dalam satu masa. Heee.. Apapun alhamdulillah dengan segala rahmat yang diberi. Dan yang paling best tu, mama saya masak my favourite food...butter prawn....wahhhhhhhhh... Udang nya besar lagi tuuuu... I like.... kenyang...Alhamdulillah..... Dan sememangnya cepat habis...Perangka ba staf KEM GROUP ne... Hehheheheh...

Happy Mother's Day
Paling tidak disangkan kenduri ne pun ngam2 Hari Ibu...Tidak di sangka kan... kalau ikutkan tarikh dunia, Hari Ibu tu esok. 8 may tapi mama berangkat ke KL untuk hadiri dinner ntah apa2... Tidak tahu la dinner apa...yang penting kena sponsor olehhhhh....ntahla saya pun tidak pasti....hahahhahahha... Tapi bagi saya la kan, hari ibu tu bila2 masa saja boleh buat janji kita tunjukkan yang kita hargai dia... Dan sememangnya saya memang cintakan ibu saya... i love you mama so much...ehem ehem... sempena hari ibu ne juga, saya dengan rela hati telah sponsor durian cheese dari SR. Sedap~ Dan sesungguhnya kek itu sekelip mata telah habis ditelan oleh para ibu2....hahhahahhahah...Dan para bapa2 hanya dapat sikit sahaja....kekekkekekkekek...

Monthsary
Sempena hari yang bertuah ne juga saya telah kembali bersama chaun. Bukan senang juga terima manusia ne balik tapi bila difikir secara baik dan buruk, saya dengan kasih sayang telah terimanya seadanya... lagipun dia telah jelaskan perkara sebenar. So syukur Alhamdulillah kami telah kembali bersama... Saya sangat berharap agar kami akan bersama di dunia dan akhirat. Amin...

Habis saja kenduri, saya terus abiskan masa bersamanya... Celebrated konon...hehehheheh..Movie water of elephant sangat best...sesuai juga la kami tengok tu movie.. Pengorbanan terhadap kekasihhhh...

Hadiah dari IBU
Hahahhahahha....Tidak di sangka mama telah berikan saya perfume dari Mekah. Sedap wangi perfume tu...yang paling gembira tu wangi tu sama dengan perfume Britney Spears....wahhhhh...i like i like... Selain itu saya dapat sejadah...hmmm macam bersemangat tahu saya mau sembahyang....Hehehhehehhe... Bau baru kan... Hehehheheh.... Dan sebagai pertukaran, saya telah berikan mama kad mother's day yang sederhana besar namun ia sangat menarik...kerana ia ikhlas hati dari saya.... Dalam kad itu juga ada sign adik-beradik saya serta kata2 mereka...

Kesimpulannya...... Saya sangat bersyukur dengan kenangan pada hari ini...Alhamdulillah alhamdullilah alhamdulillah... tiada kata selain alhamdulillah...

Thursday, May 5, 2011

Hati Makin Sembuh..

Rasanya saya makin okay. Tidak sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya saya melangkah 10 tapak. Hahahahha. Hmmm, Mungkin tanpa disedari mama yang bagi kekuatan. Iyala hari ne sy pegi pejabat di beaufort. So dalam perjalanan tu banyak sembang itu ini. Yang penting bukan melibatkan hal peribadi saya. Namun dalam semua perbualan tu terselit keinsafan dan kesedaran....

Dalam dunia ini, percintaan itu bukanla masalah yang besar pun. Kalau tiada jodoh pasti ada yang perkara terbaik menunggu di masa depan. Bila dan apakah, itu semua kuasa Allah. Namun diri sendiri kenalah diperbaiki dahulu. So inilah langkah yang akan saya lakukan... Lupakan hal yang lama2. Bina hidup baru.... Saya tidak mahu percintaan itu menjatuhkan saya. Bila di fikir kembali, saya banyak membuang masa mengenali orang lain daripada mengenali diri sendiri. Sekarang ini, saya mahu ruang untuk diri saya.... 

Untuk menjadi baru itu bukanla mudah namun kalau ada usaha, tawakal dan berdoa itu, pasti Allah akan membantu. Oleh itu, saya perlu merancang demi masa depan dan di hari akhirat... Hmm, bukan bermakna saya ingin jadi alim. BUKAN. Tapi hanya perbaiki diri sendiri... Hmmmm, dari dengar cerita mama tu, saya rindukan kota Mekah dan Madinah. Hati ini seperti ingin sangat segera ke sana. Ingin sekali menjejaki kaki ke rumah Allah. Dulu tahun 2000 pernah sekali ke sana. Bersama nenek, atok, adik dan mama. Masa nenek dan atok baru masuk Islam. Sekarang ini saya ingin pergi lagi.....

Sebelum ini, saya terniat untuk pergi bersama bakal suami. Namun hajat tidak kesampaian. Percintaan terputus. Saya redha~ So sekarang niat saya ingin pergi bersama keluarga..... Tahun depan insyah-Allah... 8k saya kena kumpul cuz mau ambil pakej umrah yang melawat tempat bersejarah.... Saya ada masa setahun lebih lagi untuk kumpul duitttttt.... Semoga Allah mendengar niat saya ini dan memberi rezeki ke saya. Amin.

Wednesday, May 4, 2011

Gembiranya~

Akhirnya mama saya selamat sampai ke pangkuan keluarga. Happy sangat!!~ Dia sihat tapi ada batuk2 sikit. Dan macam2 dia cerita...sampai sekarang belum lagi cerita dia habis. Apa-apa pun yang penting dia selamat bersama adik & Kak inn. Dan paling ketara tu, mama sangat bersemangat.. Bersemangat untuk tingkatkan prestasi kerja & qualiti kerja... Saya sokong saja... Yang penting bahagia....tteeettttt..

Well, macam diketahui ramai...saya telah berpisah dengan dia....dia tu rasanya semua orang kenal... Then...memang sedih. What can i say~ Just move on...teda jodoh kan... sabar jak la... So untuk ubatkan hati ini saya kena keja dengan tabah n tenang...Walaupun kami satu pejabat saya anggap semuanya cabaran dunia... Lebih baik berpisah sekarang daripada berpisah time kawin.. itu lagi payah... Apa yang saya sedih sangat tu, saya terlalu serious dengan dia tapi akhirnya berpisah juga...Fuh...berat juga kan dugaan ini walaupun hampir ianya perkara biasa...sob sob sob... Kuatkan semangat dan tabah itu la yang mampu dibuat...

Punca perpisahan disebabkan hati dia masi dengan c ex. Ex mana satu hanya dia saja yang tahu... Saya tidak mampu untuk halang...Tiada juga saya mempertahankan kalau hati dia dengan orang lain. So sad... Saya memang rasa tertipu...Mau menangis tiada gunanya...Sekarang saya kena undurkan diri...

Hmmm, buat masa ini saya tidak percaya sesiapa pun....kawan pun saya tidak percaya....mau kenal lelaki pun saya tidak berminat...semuanya penipu...Malas mau percaya... family? mereka tidak perlu tahu.. yang penting semua perancangan dibatalkan...tidak perlu dihebohkan lagi... huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu.... Dan paling sedih tu, saya dituduh masih mempunyai hati dengan c ex. Dia yang buat silap, saya plak dikenakan...Bodohnyaaa... Tapi kalau itu yang dia rasa, biarla dia... Kebenaranya pasti akan datang... Inila ne kalau orang fikir guna lutut, semua dia fikir betul... kalau la saya mahu ex saya balik kenapa perlu saya dengan dia...kenapa saya terhege2 dengan dia bertahun2.... Bodohnyaaaa..... Biarlah biarla biarla biarla... Diam jak mampu... Terima kasih la kerana bodohkan saya... TERIMA KASIH BANYAK2.... Buat masa ini biarla saya dengan kesedihan saya dan saya tidak perlu meminta simpati sesiapa pun...tiada orang faham juga tuuuuu... Sedih itu bukan bermakna saya perlu menangis sana sini...Cukupla menangis dihati...huhhuhuhuhuhu..

So sekarang, perasaan saya sedih disamping gembira...Gembira kerana mama selamat kembali.... Untuk saya, semoga saya segera sembuh...amin~

Sunday, May 1, 2011

Sedih + Geram!!

Tanpa disangka hari ne saya terjumpa album lama c dia bersama bekas gf dia. Huh. Dalam hati saya kenapa dia masi simpan album tu sedang mereka dah bertahun2 putus. Huh. Sedih juga la nampak album yang tidak sepatutnya. Saat saya membelek semua gambar tu ada yang dia menipu saya. Katanya dia tidak pernah tahu pun paras rambut ex-gf. Sedangkan dalam gambar.......huh malas la mau cakap....Adakh mereka pernah melakukan perkara yang terkutuk???!!! Huh saya tidak berani nak komen..... Sekarang budak2 bertudung ne sy rasa kurang percaya dengan mereka. Biarpun dorg nampak alim. Sorry for that!! Apa2 pun akhirnya semua suda terjawap. Dia tidak pernah jujur pun kalau bercakap mengenai c ex. dan sekarang saya langsung tidak percaya dengan dia.... Tahniah la buat saya begini....Hubungan ini? Ntahla... Saya sekarang mampu diam jak. Tidak mahu bergaduh disebabkan dia sendiri pun ada masalah keluarga. So tidak mahu bebankan masalah yang lepas2. Cuma....saya tidak dapat percaya dia lagi.... 

Selama saya hidup, saya jumpa ramai lelaki...Bermacam-macam perangai. Mula2 tu jujur la selepas itu semua macam damn....sekarang ne saya nda tahu apa yang c dia ne mahu dari saya. Harta? Cinta? or something?? Huhhhh. Saya terasa di ambil kesempatan. Selama ne banyak pengorbanan saya buat... Tidak perlu la saya bagi tau apa...Nanti dianggap tidak ikhlas plak... Semoga Allah membantu saya dalam hal ini. Orang cakap makin kita diberi ujian makin kita di limpahi pahala... Tapi kalau inila ujian yang saya dapat, saya rasa macam......tut..... redha jakla.... Semoga ada hikmah disebaliknya... 

Jangan difikir material tu dapat melembutkan hati... anda tersilap....!!!

Kalau la masa bole di undur, saya pilih untuk selamatkan cinta pertama....

Cerita bulan lalu....April~

Seimbas...

My mom & adik saya c Faten bersama Kak Inn (staf syarikat) pergi ke umrah pada 18hb April.. Dan kembali ke tanah air pada 2 May.. Esokla tu...Hehehehhe... Kak Inn kena sponsor oleh Mom disebabkan dia lama suda bekerja di syarikat... Jasanya amat di hargai so mom bawa dia mengerjakan umrahhhh... Tidak semua orang bole mendapat tawaran begitu....she's so lucky~

26hb April...saya menduduki peperiksaan kertas satu Safety & Healthy Officer.... Dan sememangnya soalannya sungguh menduga otakkkkk... saya study tengah malam sampai sakit2...nda cukup tidur lagi...Fuuuhhhh...Macam saya di UMS plak.... Study sampai muntah2...Adededede... Semoga saya lulus dengan banggannya...Amin...Then kerana exam itu, saya telah berjumpa dengan kawan2 batch Januari 2011. Fuhhhh miss them so much...walaupun tidak semua yang ambil exam namun masi ceria seperti dulu...Lepas exam terus pegi beach lunch sama2... semua story keluar.....dan saya sangat suka keadaan itu....hhuhuhuhu...till now miss them so muchhhh~

Then paling tidak terduga dalam hidup saya di bulan April ini adalah mengenai seseorang... hmmmm...rasanya tidak bole di share...takut menduga hati seseorang....Apa2 pun saya doa semuanya akan berlalu dengan tenang.... Saya ikhlas berkawan...tapi saya juga tidak bole menerima seseorang tu kerana simpati... Huhuhuhu... So sad kan bila ada seseorang crush on u... Apalagi orang itu sungguh nice & cool...

Shoopingggg~

Disaat akhir saya shooppppiiiinnnggg~ 9pm ++ Kedai pun mau tutup suda. Shoopinggg itupun disebabkan saya merajuk dengan c chaun. Konon2 mau pujuk la tu konon. Hahahhaha. Saya teda meminta arrrr. Apa2 pun terima kasih wahai Chaun. Niat di hati memang mau beli handbag & sandal... Akhirnya tercapai juga impian. Terima Kasihhhh sesangatttt...

Bagus juga sy shooopppiiinng tadi...cuz handbag saya suda lama dan kelihatan buruk. Namun saya pakai jak cuz nda suka membazir & teda bugdet. Sandal terpaksa beli sebab kaki saya terasa sakit apabila mengenakan kasut tumit tinggi walaupun seinci. Huh. Lupa plak saya yang doktor suda pesan agar tidak memakai kasut tumit tinggi. Dan sememangnya kaki saya masi sakit kesan terseliuh bulan february lalu. Huh kenapa la saya lupaaaa.. Adededede...al-maklum la kalau sakit sikit2 ne nda sy layak. Konon2 kuat la mangkali...maka...bila suda terasa sakit, memang amat sakitttt... Well, kebaikannya saya dapat new sandal... Hehehehhehehehhe..

Actually, pagi lagi saya merayau with my 3 nieces & chaun. 1st tu memeng nda mau bawa budak2 ne cuz kami mau cari barang2 untuk client. Tapi oleh kerana mereka bertiga ne buat muka se10 sen & siap mau menangis terpaksa la saya bukakan hati untuk bawa mereka jalan2. Fuuuuhhhh punya penat melayan karenah dorg. Mau bagi tempeling pun ada...Kami jalan tidakla lama...Makan mc'D then cari2 barang terus hantar budak2 ne balik.... Habis hantar baru sambung jalan balik cari barang.... akhirnya...barang saya plak di beli... Hehehehheheh... Actually chaun ne jarang beli2 barang untuk sy. Sooooo rasa ganjil plak tetiba dia baik hati... Pelik tapi benar... Malam ne sy tidur dengan kegembiraannnn....

Friday, April 29, 2011

Wowwww!!~

Wowwww sekali lagi... Bukannya apa!! Lama suda saya nda main conteng2 dalam blog. Wowww adakah saya terlalu busy??!! Hmm saya memang busy!! Konon!! (@.@). Hahahahah. Hmmm Mari kita mengimbasssSSss.. Tapi bukan semua perkara harus dicerita. Takut menduga perkara yang tidak di ingini. Yeahhh..

Last Updated saya mengenai Maulidur Rasul. Actually, lama suda sy menconteng tu tapi tersimpan dalam draft. Sekarang ne baru mahu minta puji mau publish post. Hehehehe.. 

Check calender &...check dairy~

Kuhcing, Sarawak
1st time dalam hidup saya menjejaki kaki ke Sarawakkkkk. Woooohoooo. Itupun bukan kerana untuk melancong tetapi urusan kerja. Wowww tidak di duga dan tidak di sangka saya. Syukur alhamdulillah. Walaupun urusan kerja, saya tetap excited!!! 

1-3 March saya berada di Kuching dalam Kursus 5S!!. Saya terpilih ke Kursus tersebut disebabkan saya ketua 5S di syarikat. Hmmm, actually saya langsung tidak tahu apaka 5S ne. Bos suruh ikut jak la. Saya cuma tahu kasi bersih2 tempat, kasi susun barang, dan kemas2 barang. hahahhaha. Menjadi ketua 5s ne pun disebabkan saya pernah diberi pendedahan semasa membuat pratikal di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS). Itu pun sangat sikit! So dengan adanya kursus ini, pendedehan saya makin mendalam dengan setiap makna 5s tu. Then setelah tamat kursus 5s barulah sy tahu kepentingan dan kebaikan......ohhhhh begitu pula!!!

Sambung....

Hmmm saya & bos selaku mama saya ditempatkan di asrama TCTM. Wowww...Saya rasa macam berhantu jak tempat ne. tapi buat bodo jak la. Takut? Tidakla juga tapi saya rasa bosan...Nasib jak kawan kakak saya datang bawa jalan2. tapi saya rasa tetap juga bosan....Cuma bila nampak makanan.....Fuhhhhh...'Makkkk, saya mahu ini ituuuuu"....Hahahahahha. So maksudnya, makanan jak la yang mampu membuatkan saya tersenyum (^____^).

Dalam kursus tu sy jumpa penceramah dari TM & SIRIM. Okla juga dorang. Ok juga cara penyampaian dorang. Tidak bosan pun. Then jumpa rakan2 baru. Okla juga la... Bole share ilmu masing2. Tetapi sy dikelompok blur~~~~ hehehehehehe. 

Last day, di Kuching mama beli semua perisa kek lapis. Kalau bole kedai2 sekali dia mau angkut balik Sabah. Nasib jak dia nda larat. Hahahahha. Dan saya tukang rasa sebelum membeli. Ayat yang tidak bole bla. "Mak, yang ini nda sedap". Terus org kedai tengok sy dgn.......... Sorry tlepas cakap. Heee~

Then, babai Kuching...Mama ada plan mau bawa family pergi Sarawak. Saya??? Tidak bersetuju. Hahahahah.

Bersambung...

Maulidur Rasul

Maulidur rasul tahun ini saya bersama merah n mom.. sister oso.. But yg paling best tu, anak buah tersayang yg umur 5tahun pun mengikuti perarakan tersebut. Sungguh semangat dia. Namun beberapa KM lagi dia suda kelihatan penat. Tapi tetap juga sampai ke destinasi. Naaaa apa lagi sampai saja di dewan tu terus meminta beli makanan itu ini. hahahhahaha.. kelaparan melanda...

Tajuk ceramah pada tahun ini adalah......ala lupala...saya dengar jak....Kesimpulan, cerita yang disampaikan itu tidak membosankan. Malah membawa seribu keinsafan dalam diri. Tapi ustaz tu memang lawak la....Hmm.. paling yang tidak boleh bla tu timed saya tekun mendengar setiap bait ayat2 penceramah tu ada plak c ayus duduk sebelah saya. Huh... Terkejut la ba... Namun dia tetap tidak sedar saya. huahuahuahua. Mau tidak mau saya tegur juga la kan...kalau tidak tegur nanti orang cakap saya sombong...

oyaaa...actually ayus ne adik ex BF sy. Huhuhuhuhu. Apakah maksud? i don't like that situations like that. Begitu besar KK ne mesti ka yang duduk sebelah saya orang yang berkaitan dengan my EX. Ohh God!! Paling tidak di duga, boleh2 dia tunjuk kedudukan abang dia di dalam dewan tu. Huh. Mataiiiii. Berapa lama suda sy ne tidak jumpa dia tu... Mestika perkara begini berlaku...huh..

Hmmm bukannya mau emo tapi.... ntahla....Yang lalu biarla berlalu....

Ok2...then selepas abis acara maulidur rasul tu, mama ajak shopping barang2 untuk ke umrah. Iyala adik saya tu manada tudung kenala beli apa2 yang patut. Then sambil2 tengok tudung tu saya suka tengok tudung ala2 siti tu. Nice...then kain2 pun cantik2...tapi harga dia...mak aik...hahahha...tunggu la budget 2011 keluar baru sy shopping...hehe..

Biasanya kalau maulidur rasul ne, parent sy suka ajak makan di luar. Tapi kali ini, bapa ada di semenanjung. So mama jak la bawa kami makan di luar... Kalau dengan bapa, kena masak di rumah then melepak di beach sambil kami menikmati angin2 laut. Tapi kalau bapa teda, mama ajak makan di restoran. So apalagi saya pun trus mengeluarkan perintah untuk makan di Kenny Rogers... Muahahahahahha... Well, sekurang-kurangnya adik2 dan mama sy Ok jakkk...hahhaha i love Kenny Rogers~ Hari2 makan pun saya nda kisah....Heheheheh...Gomok? i don't care!!~

Thursday, February 3, 2011

1st Meeting~

Hari dalam sejarah. Saya telah dipaksa balik kampung disebabkan ikut mama meeting. Objekif tubuhkan Puteri Umno di Kimanis. Hmm, terus-terang saya katakan saya tidak berminat namun impian mama harus disokong. Tapi kenapa saya??!! Huhu. Meeting tersebut bertujuan untuk mencari ahli baru. Dan sememangnya ahli adalah dikalangan saudara saya. Muda2 dari saya yeeee. 

Niat mama saya memang sangat murni iaitu membantu penduduk kampung untuk maju. Nenek saya pun sokong sebab kampung dorang kan. Apa-apa pun saya bantu apa yang terdaya. Cuz saya sendiri pun sedangkan majukan diri sendiri. Moga niat ikhlas murni ibu tercinta tercapai. Amin~

Majlis Tahunan Hari Keluarga KEM Group 2011

Pada 29 January 2011, KEM Group telah mengadakan sukaneka, futsal dan Makan malam bersama staf. Wow sungguh meriah. Me as a Ketua Program & mempunyai team yg hebat telah melakukan tugas dengan baik & meriah.

~Sukeneka~
Acara sukeneka telah disediakan oleh cik Rita dan diadakan aktiviti tersebut di Tanjung Lipat. Hmmm pelbagai permainan telah dijalankan. Dan sememangnya semua gumbiraaaa. Team saya dinamakan NO NAME. hehehhehehe. Asyik2 kami jak yang dapat no.2. Yang paling best tu acara tarik tali kami dapat FIRST. wahahhahahahah. Apa2 pun, menang kalah itu adalah adat permainan. Yang penting semua ENJOY!!~ Anyway, budak kecik pun ada ikut kay. Hahahhaha. So Funny apabila terimbas kembali kenangan. SO sweet~

~Futsal~
Timed ne pun memang meriah. Masing2 mahu tunjukkan skill & bersemangat untuk tendang2 bola. Hahahaha. Semua staf terlibat, siap staf dari beaufort pun ada. Inila yang dikatakan semangat kesukanan. Saya sangat puashati dgn semangat yang mereka tunjukkan. luv u guys~ Habis jak game terus kelam kabut balik rumah mo get ready to go to Hotel~

Majlis Tahunan Hari keluarga (Annual Dinner)
~Sebenarnya Majlis ini diadakan sempena birthday bapa saya yang ke-66 dan selaku ulang tahun syarikat yang dia tubuhkan. so semua saudara-mara mama dan staff di jemput sekali dengan keluarga masing2. Majlis ini juga di adakan secara mengejut. Pendek kata, bos besar tidak tahu tentang majlis ini. SUPRISED!!~ Hahahaha
~ Ucapan bapa berunsur tentang sejaran menubuhan setiap syarikat iaitu Kinabalu Engineering Malaysia, Mectrick Sercvices, K.E.M Intan Sdn Bhd, I&I Enterprise dan Kimanis C D. Selepas ucapan bapa, saya telah mainkan video tentang kehidupan dia. Mau tau!!?? Ramai plak yang menangis tengok tu video. WOW!!~
~Intan selaku penngarah program telah memberi ucapan. walaupun dia teda buat apa2 keja dia tetap juga di bagi jawatan pengarah. Buwweekkkk. & Izen selaku wakil pekerja memberi ucapan mengenai syarikat yang dia terajui konon. hahahahha. Ucapan mama plak mengenai.....lupa suda sy. hahahha..
~ Penyampaian hadiah telah dijalankan dalam acara bowling, futsal dan sukanekan. Hempeh la yang paling banyak. Syukur alhamdullilah saya pun dapat. Yang paling best saya dpt cabutan bertuah. hahahhahah i'm so lucky. hehehehhe
~Timed acara potong kek juga, adik saya c manja telah mempersembahkan acara violin. Lagu Happy Birthday jak pun. walaupun ringkas namun menusuk kalbu. hahhaha. Bapa potong kek sambil kami adik beradik semua dibelakang dia menyanyi. Sweeeeetttttt.
~ Majlis diakhiri dengan pengambilan gambar mengikut syarikat, staf, ahli keluarga dan sebagainya. 

Hari yang sememang sesuatu yang boleh dikenang dalam kehidupan saya. Yang paling seronok tu, Shaharul telah bersama saya dan sekaligus dia telah memasuki keluarga saya.

So Happy SO Sweetttt!!~

Saturday, January 15, 2011

Bowling with Family & Staff

Ok ini adalah kali pertama Big boss bagi sponsor main bowling. WOW!!~ Acara diadakan di Centre Point tingkat 8. Team yang bertanding adalah 6 Team dan team saya adalah terdiri daripada Me, Manja, Nick, Kisen & Nazri. Kami tidak hebat tetapi team kami adalah FUN & Happening. Hahahhaha. 

Selepas acara itu, saya & chaun terus melepak di Pizza Damai. Heheheheh

Monday, January 10, 2011

Stimbot!!~

Sempena birthday kawan baik saya ne, saya dgn ikhlasnya telah meraihkan birthday nya di Kampung Nelayan. Stimbot adalah pilihan bersama. Birthday girl tu namanya Arsamawati Samsul. Heheheh. Semoga dia sentiasa sihat dan mendapat rezeki yang melimpah2. Amin!!~

Hari Pertama Kursus

Kursus yang saya ambik adalah Safety and Health Officer Certificate Course. Yurannya adalah 4ribu untuk 22hari. Kebaikan kursus ne adalah menjadi pegawai keselamatan dan kesihatan. 

Ranau

Saturday, January 8, 2011

Jalan2 Ke Beaufort

Cuti new year ini saya pergi ke beaufort dengan mama, comel dan merah. Tujuan adalah meeting untuk cawangan syarikat disana. Kimanis Cigarette Distribution. Kedai rokok. Hee~ KK-Beaufort, Beaufort-KK. Saya yang jadi driver full time. Enjoy juga la driving sebab ada merah & comel yang banyak cakap. Sambil itu, story2 dengan bos. Hmmm, kesannya saya pening. Hahahahhaha.

Balik jak dari Beaufort, singgah di CP. Mama mo beli barang2 dia. Then saya pun ambil kesempatan minta beli barang juga. Wakakkaka. Comel & Merah sangat agresif. Jalan sana sini. Macam jalan bapa dorg. Nasib dorg cute, kalau tidak confirm la kaki tangan naik. Hee~

Lepas CP, singgah pasar. Naaaaa sana lagi la. Sudahla JEM then hujan lebat. Adededede. Free2 sy mandi hujan. Dan sememangnya bertambahla sakit saya. Huhuhu. Saya nda mo sakit. Kalau sakit susah saya mau buat kerja. Alalallaala. Harap saya cepat sembuh. Amin!!~


Me & Comel


Me, Comel & Merah

Friday, January 7, 2011

Sambutan Monthly Anniversary yg Sederhana

Anniversary saya untuk bulan JANUARI ini disambut secara sederhana. Kami sambut di PIZZA HUT, Damai. Itupun selepas waktu berkerja. Penat tu memang penat namun demi hari istimewa, saya gagahkan diri untuk makan. Hehehe. Harap hubungan kami kekal hinggan ke syurga. Amin!!~ Happy Monthly Anniversary sweet 2years 1st Month. Luv u so much!!~


Menunggu Makanan. Laparrrrrrr~


Order order order!!!

Penyakit Menyerang

Semenjak akhir-akhir ini saya selalu tidak rasa selesa. Kejap deman kejap pening kejap lapar kejap apa2 la. Paling tidak tahan tu sakit dada n sakit belakang leher. Punyala sakit. Selalunya saya tahan jak. Buat bodo. Tapi kemarin nda tahan suda. So saya pergi klinik luyang. Dan sesungguhnya di kala sakit begini Chaun ada di sisi. Luv him so much. 

Memang lama la tunggu giliran ne. Tapi saya tidak kisah sebab bagus ba lambat bole juga saya rehat seketika memikirkan hal kerja. Lagipun saya tidak boring menunggu sebab ada c chaun. Hee. Anyway, doc cakap saya gastrik. OMG!! Setahu saya la kan, saya tidak mungkin kena gastrik sebab saya selalu makan. Tapi bila di fikir2 memang patut saya kena la sebabnya saya makan megi sejak duduk ofis ne. Kerja mahu segera so makan mee segera la jawapnya. Saya kena fikirkan sesuatu demi kebaikan saya. Huh!!

Doc pesan lepas seminggu ne masi sakit, dia suruh datang balik hospital. So saya berdoa kepada Allah moga saya sihat. Sebab kalau saya tidak sihat, kerja saya pun tidak okay. Don't like that!!~

Buku yang Membawa Kesan Hingga ke Hati

Biografi MUHAMMAD BIN ABDULLAH
Perjalanan Hidup Seorang Nabi

Apa yang ingin saya sampaikan adalah mengenai buku ini. Setiap isi kandungannya membawa pengertian yang mendalam. Saya makin memahami ISLAM sebenar. Selama ini secara peribadi saya hanya belajar agama di masa tadika, sekolah agama rendah dan sekolah menangah. Lepas tu, senyap!! 

Terima kasih kepada penulis kerana telah menambahkan ilmu pengetahuan saya. Selepas membaca buku ini saya rasa luar biasa dan makin bersemangat menghadapi hidup ini. Dunia ini hanya sementara dan akhirat itu selamanya. Semoga saya akan berubah secara step by step untuk menjadi insan yang berguna dan beragama. Amin!!~

Thursday, January 6, 2011

Plan 2011

Setakat ini plan wajib 2011 saya adalah seperti berikut;

JANUARI 2011 JANUARI 2011 JANUARI 2011 JANUARI 2011 JANUARI 2011

9 Januari 2011
~ Ranau.
~ Kepau wedding. Adik Mahat. Abang ipar.

10 Januari 2011
~ Kursus NIOS selama 22hari.
~ Registration day.
~ Meeting untuk AJK Family day & Annual Dinner 2011.

11 Januari 2011
~My niece birthday. Miko.

12 Januari 2011
~ Kakak Sulung birthday. Intan.

14 Januari 2011
~Buat banner dan medal di kedai.

15 Januari 2011
~ Aktiviti 5S pertama kali dilancarkan.
~ Dan setiap sabtu dijadikan sebagai Hari 5S.

16 Januari 2011
~ Kelas Mengaji bermula hingga khatam Al-Quran.

28 Januari 2011
~ Birthday Bapa

29 Januari 2011
~ Family day & Annual Dinner 2011.
~ Sekali celebrate birthday bapa.

Bersambung....

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year & Welcome to 2011

Selamat datang 2011.

~Semoga tahun ini membawa kebaikan dan limpahan rezeki yang baik dan halal.
~Semoga tahun ini perjalanan hidup saya lebih teratur dan diredhai oleh-Nya.
~Semoga ikatan kekeluargaan disemai dan dikukuhkan dengan kasih sayang yang berterusan. Amin.
~Matlamat tahun ini adalah tahun kerjaya dan mengukuhan kewangan ke atas sasaran hidup.
~Meningkatkan pengetahuan keagamaan secara teratur. (Insyah-ALLAH).

Hmm, rasanya tahun ini serious untuk saya. Kenapa? Apa dia? Rahsia. Hehe. Anyway, Happy New Year to all of my friends. Moga hidup kita ini dirahmati dan mendapat lindungi daripada-Nya. Amin.

Selain itu, sempena tahun baru 2011 ini, saya ingin membuka buku baru untuk mulakan hidup baru secara sihat dan bersih. Tidak mahu lagi ada 'hitam' atau buruk sangka dan perkara remeh temeh berlaku dalam hidup. Gunakan akal fikiran yang sihat ini untuk menilai yang baik mahupun yang kurang baik. Tiada sudah istilah musuh dalam kehidupan. Siapala kita untuk menghakimi manusia sedangkan kita sendiri pun tidak terlepas dari membuat salah silap. Oleh itu, dengan rendah diri saya memaafkan sesiapa sahaja yang pernah melukai dan menyakiti saya secara terus mahupun secara halus. Saya maafkan dan saya berharap mereka itu juga maafkan saya. Ikhlas dari hati saya memohon kemaafan, Maafkan saya~. 

Bukan senang  untuk meminta maaf ne tapi sempena tahun baru ini dan niat pun mahu menjadi insan baru, memaaf dan memberi kemaafan itu adalah langkah pertama. Semoga tahun ini akan sama-sama kita menjadi manusia yang baik, berakal, berguna dan berkasih sayang. Amin.

~Last year of 2010~
~31 December 2010~

Lepas dari SR terus lepak lagi di Starbuck


Tulis kata2 semangat di buku yang baru di beli


Tunggu bunga api di malam New Year of 2010.
Babai 2010 & Welcome 2011

New Year
1st of January 2011

With them. Chaun & Mia.