Friday, March 19, 2010

Syukur kerana dia memahami..

Saya rasa bersyukur kerana berjumpa seseorang yang benar-benar menepati citarasa & kehendak saya. Saya sangat bahagia dan bersyukur. Saya ingatkan cerita cinta di tv dan movie tu adalah donggeng semata-mata. Namun kini saya yang alami keadaan ini. Mula-mula kenalnya, saya tidakla mengharapkan hubungan yang serious disebabkan saya tahu pasti berakhir dengan perpisahan. Ini adalah kerana saya suda beberapa kali gagal dalam percintaan. Kita buat sehabis baik, akhirnya hajat tidak kesampaian. Tetapi itu bukan alasan saya menolak untuk menerimanya. Bagi saya, kita kena bagi peluang dan merasainya. Barulah tahu kan apa kesudahannya. Sekurang-kurangnya kita tidak menyesal kemudian hari.

Chaun nama dia.... Ganjilkan nama dia. Pelik pun  ada. Gelaran kawan ragbi dia yang bagi. Dan dia cakap antara kawan perempuan, saya lah orang pertama penggil dia chaun. Kawan perempuan dia panggil dia sharul jak. hehehhehe.. bukan mo mnta puji tapi bagi saya nama chaun pelik, so panggil jak la. Dan semenjak dari itu, nama chaun famous di kalangan kawan-kawan saya. huahuahuahau.. Oya, family saya pun panggil dia chaun. Seolah-olah namanya sebenar suda tenggelam..

Makin lama saya mengenali makin banyak perkara saya ketahui. Contohnya family dia, bekas kekasih dia, dan kisah-kisah yang dialaminya. Semuanya tiada rahsia dan saya tidak bosan untuk terus mengenalinya. Bukan bermakna kami okay jak tapi kadang kala kami pun ada pertengkaran sengit. hehehhehe. kebanyakkan kami berdebat dengan topik-topik yang hangat mahupun tidak. Namun sehingga ke hari ini kami masih bersama walaupun sering tidak sehaluan pendapat.

Hmmm, hubungan antara saya dengannya tidakla saya rahsiakan daripada keluarga saya. Syukurla dorang okay jak. Dan chaun pun senang bergaul dengan mereka. Tiada segan tetapi masih menghormati antara satu sama lain. Keluarga dia? saya belum lagi bersedia untuk mengenali mereka kerana..... ntahla. Belum tiba masanya lagi. Cukupla dia dahulu dikenali...

Apa yang saya harapkan, biarlah dia terakhir dalam hidup saya di dunia dan akhirat. Amin...

Dia yang dibenci..

Budak itu sangat menyakiti saya. Bukan sekadar hati tetapi fizikal. Dia yang digelar awh2. hmmm.. budak ini pernah menjadi sebahagian hidup saya.Pernah menjadi kawan baik saya. Pernah hadir dalam hidup saya di saat saya dalam keadaan berduka dan gembira. Saya tidak nafikan saya gembira bersama dia. Namun apa yang saya harapkan tidak menjadi kenyataan. Rupanya dia tidak bahagia seperti yang saya lalui. hmmm, what can i say.. kita tidak boleh memaksa orang untuk bersama kita. Yang pasti dia membawa haluan dia mengikut acuan yang dikehendaki. Dan saya relakan kepergian secara terpaksa. Saya tabah mahhhhh...

Dalam keadaan emosi yang terganggu, dia telah tinggalkan saya dengan kawan baiknya. Alhamdullillah kawan dia amatla baik dan saya bersyukur atas apa yang terjadi. Apa yang saya ingin sampaikan adalah mengenai dia. Biarla dia dikenali sebagai NSR. Hmmm, secara luaran dia adalah seorang budak yang baik sopan dan budak beradap. Namun setelah kami tidak berkawan, dia makin menjadi liar. Ciri-ciri budak baik dan sopan hanya dibuat apabila berdepan dengan golongan tertentu. Tetapi apabila bertemu dengan rakan sebaya, masya-Allah. Hanya tuhan saja yang tahu.

Saya benci dia secara terang-terang. Kenapa? Kerana dia menyakiti saya. Sakitanya terlalu dalam dan hanya saya saja yang merasainya. Kenapa saya di ganggu setelah saya mendapat kebahgiaan? Dia yang tidak mahukan saya secara tiba-tiba kembali hadir. Saya terpaksa tolak kehadirannya disebabkan saya telah berjumpa orang yang memahami saya. Kerana itu, dia telah membuat sesuatu yang sukar saya maafkan hingga ke hari ini. Hati terluka sukar diubati.

Kadang kala saya sedih. Kenapa ini terjadi. kenapa dia sudah berubah. kenapa dia makin menjadi liar. Tidakkah dia sedar ibubapanya terlalu percayakan dia. Saya sedih apabila teringat betapa mama dia menjadi orang gaji menjaga anak orang utk membiayai perbelanjaan dia di U. Saya masih ingat lagi yang mama dia memberitahu bahawa hidup keluarganya bergantung dengan pencen ayahnya. Nasib baikla abang sulungnya mempunyai pendapatan yang agak baik untuk menampung ibubapanya. Tetapi sedihnya, dia c awh2 berlagak seperti orang kaya. semua branded barang yang dibeli. kalau dia orang kaya, saya tidak kisah tapi.... hmm... susah mau cakap... kenapa la saya kenal family dia. kalau saya tidak kenal kan bgs.. nda juga saya bersimpati terhadap keluarganya. kalaula mereka tahu c anak berperangai begitu, apakah perasaan mereka???... saya tidak dapat bayangkan... saya cuma harap dia akan kembali menjadi dia...

Benci di hati saya terhadapnya mungkin tidak akan hilang.... biar tuhan tentukan...

Kemarahan yang membara

Manusia yang tidak beradap. Namanya yang langsung tidak menarik. Ntahlah kenapa nama dia ganjil sangat. Anak tempatan ka pendatang pun saya tidak tau. Dia suka menunjukkan dirinya hebat. Suka memaki orang sesuka hati dia. Kenapa dia begitu saya pn tidak tahulah. Sebenarnya saya tidak kesah apa dia mau buat. Lantak dia lah mau buat apa janji hidup saya jangan di ganggu.. tetapi nampaknya makin sy diam makin menjadi-jadi budak tu.. Dia sebarkan fitnah yg btl2 menduga keimanan..Tidak cukup ka sabar sy selama ini.. Tidak cukup sy hanya mendiamkan diri.. kenapa sy mesti d cabar..
Dia telah membuatkan sy hilang pertimbangan.. kesabaran sy ada batasan.. tidak mungkin saya boleh berdiam diri lagi.. saya kena settle juga hal ini.. sy mau tnya dia secara baik-baik.. mau bawa bincang.. tetapi belum pun saya abis cakap sudah dia memaki saya.. aduh.... memang budak ne dilahirkan kurang ajar... langsung tidak beradab... dia langsung tidak boleh dibawa berbincang... cara dia hanya menjerit-jerit..memaki... then tolak saya secara kasar.. kesabaran saya kemuncak.., naaaa ambik ko!!!

bersambung...

Thursday, March 4, 2010

Kenapa budak itu suka cari pasal...

Apa yang saya ingin sampaikan adalah cerita sebenar. Dimana saya telah menjadi perhatian kepada individu yang secara terang menerang mengganggu hidup saya. Sebenarnya saya tidak mengenal langsung budak ne. Just nampak-nampak di sekitar kampus. Saya tidak pernah bercakap dengan dia. Apa yang buat saya highlight dia adalah disebabkan budak ini sentiasa membuat sesuatu untuk menarik perhatian. Budak ini bolehla dikatakan POPULAR. Popular bukan disebabkan dia pelajar pandai ka apa. Tapi popular disebabkan PERASAN cantik. Dan paling penting, perasan KUAT. Kalau ikutkan secara luaran. dia memang nampak KUAT. Sebabnya, mulut dia hanya tuhan jak tau betapa CELUPARnya manusia ini. ADAP? Jangan la cakap. KURANG AJAR dia, memang tidak boleh lawan. Ibubapa dia kali sudah beratus kali ngajar hidup sopan tapi budak ini tetap juga kurang ajar. Yang paling menyedihkan, dia ne hanya seorang yang sederhana tetapi LAGAKnya seperti anak DATUK. Ya Allah, malunya saya jika saya menjadi DIA. Saya bsyukur saya tidak seperti DIA dan sememangnya bapa mama saya berjaya menjadikan saya seorang yang mempunyai personaliti yang baik.

Budak tu biarla saya namakan sebagai B******. Dia di gelar begitu disebabkan berketurunan pendatang haram ke Malaysia tetapi kini sudah di sahkan sebagai warganegara. Apa-apa pun, pendatang tetap pendatang. Baik ba malaysia ne. Senang jak dapat warganegara. Bermacam-macam jenis suda kaum di bumi Sabah ne. Cuma penduduk yang d bagi identiti card tu jak penjahat. Tidak menghargai peluang yang dibagi. Sudah dibagi mencari pasal plak dengan rakyat tempatan. Betul-betullah dasar biadap.

Saya dan dia mula berperang sejak dia mula berkawan dengan bekas kawan saya tu. Awh awh nama tu budak. Awh awh suka memburukkan saya. Saya tidak kisahlah dia kasih buruk kah apa. Janji jangan sampaikan kepada saya. Tapi yang bikin panasnya itu, asal jak dorang ngumpat saya mesti dia post di Facebook. Cakap yang teruk-teruklah sampai saya sendiri malu untuk memberitahu apa yang ditulisnya. Saya diam memendam rasa. Bagi saya dia tidak bersalah sebab dia terkena sumpahan sihir dari c awh awh. Biasalah kalau suda awh awh2, awh2 la juga. Bagi saya masalah saya dengan awh awh tu biarlah kami jak yang terlibat. Orang lain tu tidak menjadi kesan kepada saya. So saya pun biarkan apa budak tu tulis.

Makin lama saya diam makin lama plak budak tu menabur fitnah. Saya diam namun setiap kesabaran itu ada batasan 'Hari itu' saya terbaca post budak tu. Bayangkan timed saya bangun pagi dalam keadaan mamai, terdetik hati saya untuk on facebook. Saya ternampak post budak tu. Punyala celupar budak tu menghina saya. Terang & jelas ba dia sampaikan message itu kepada saya. Hati saya membara namun saya masih boleh berfikir secara waras. Dalam hati saya "saya mesti settle dengan ne budak". Saya mahu tahu sangat apa masalah ini budak. Saya ada buat salahkah dengan dia? setahu saya, saya tidak buat apa-apa kesalahan dengannya. Adui... kemarahan saya hanya tuhan saja yang tahu..

Finally....

Kami pun berjumpa. macam biasalah lagak temberang dia tu. orang tanya bagus2, budak tu bercakap menjerit-jerit. tangan saya memang mengigil sudah. ikutkan hati memang saya malas mo lawan cakap terus bagi jak sepak terajang tetapi saya berada di kawasan kampus. kelakuan di perhatikan so saya bersikap slow talk. Slow talk saya tidak berjaya, sebab budak tu menunjukkan kekuatan. tolak saya sambil bercakap. Last-last tanpa disedari, tangan saya secara spontan menampar muka dia. Naaa makin menjadi budak tu bising. Saya dengar &balas apa jak dia cakap dan buat.... bla bla bla bla...akhirnya, ada lecturer leraikan kami. Ending dia sangat lucu.... Mau cerita tapi tidak tahu cammana... biarlah ia menjadi sejarah dalam hidup..

Pengajaran atas kejadian itu, saya dapati dia bukanlah seorang yang dapat mempertahankan diri. Dia hanya gunakan kuasa celupar utk mencari penyokong. tetapi apabila dia diberi peluang untuk berdepan, kuasa dia hanya dalam mimpi. Kadang kala saya menyesal juga berjumpa dengannya. Sebabnya, memang buang masa dan kerana itu, saya malu sendiri. Dalam hati berkata..., dia bukan lawan saya... bukan ego tapi realiti... Kebaikan dalam peristiwa itu, berlagak dia berkurang & tidak celupar seperti dulu.. kalau dia mahu temberang pun, bukan di depan saya... Bukan saya kuat tapi mungkin dia baru faham bahawa orang pendiam dalam kelas seperti saya tidak semestinya lemah.. Kepada orang-orang yang berlagak tu, sila la ukur kain di badan sendiri. Jangan kerana mulut, badan binasa... Renung-renungkan dan selamat beramal.