Friday, March 19, 2010

Dia yang dibenci..

Budak itu sangat menyakiti saya. Bukan sekadar hati tetapi fizikal. Dia yang digelar awh2. hmmm.. budak ini pernah menjadi sebahagian hidup saya.Pernah menjadi kawan baik saya. Pernah hadir dalam hidup saya di saat saya dalam keadaan berduka dan gembira. Saya tidak nafikan saya gembira bersama dia. Namun apa yang saya harapkan tidak menjadi kenyataan. Rupanya dia tidak bahagia seperti yang saya lalui. hmmm, what can i say.. kita tidak boleh memaksa orang untuk bersama kita. Yang pasti dia membawa haluan dia mengikut acuan yang dikehendaki. Dan saya relakan kepergian secara terpaksa. Saya tabah mahhhhh...

Dalam keadaan emosi yang terganggu, dia telah tinggalkan saya dengan kawan baiknya. Alhamdullillah kawan dia amatla baik dan saya bersyukur atas apa yang terjadi. Apa yang saya ingin sampaikan adalah mengenai dia. Biarla dia dikenali sebagai NSR. Hmmm, secara luaran dia adalah seorang budak yang baik sopan dan budak beradap. Namun setelah kami tidak berkawan, dia makin menjadi liar. Ciri-ciri budak baik dan sopan hanya dibuat apabila berdepan dengan golongan tertentu. Tetapi apabila bertemu dengan rakan sebaya, masya-Allah. Hanya tuhan saja yang tahu.

Saya benci dia secara terang-terang. Kenapa? Kerana dia menyakiti saya. Sakitanya terlalu dalam dan hanya saya saja yang merasainya. Kenapa saya di ganggu setelah saya mendapat kebahgiaan? Dia yang tidak mahukan saya secara tiba-tiba kembali hadir. Saya terpaksa tolak kehadirannya disebabkan saya telah berjumpa orang yang memahami saya. Kerana itu, dia telah membuat sesuatu yang sukar saya maafkan hingga ke hari ini. Hati terluka sukar diubati.

Kadang kala saya sedih. Kenapa ini terjadi. kenapa dia sudah berubah. kenapa dia makin menjadi liar. Tidakkah dia sedar ibubapanya terlalu percayakan dia. Saya sedih apabila teringat betapa mama dia menjadi orang gaji menjaga anak orang utk membiayai perbelanjaan dia di U. Saya masih ingat lagi yang mama dia memberitahu bahawa hidup keluarganya bergantung dengan pencen ayahnya. Nasib baikla abang sulungnya mempunyai pendapatan yang agak baik untuk menampung ibubapanya. Tetapi sedihnya, dia c awh2 berlagak seperti orang kaya. semua branded barang yang dibeli. kalau dia orang kaya, saya tidak kisah tapi.... hmm... susah mau cakap... kenapa la saya kenal family dia. kalau saya tidak kenal kan bgs.. nda juga saya bersimpati terhadap keluarganya. kalaula mereka tahu c anak berperangai begitu, apakah perasaan mereka???... saya tidak dapat bayangkan... saya cuma harap dia akan kembali menjadi dia...

Benci di hati saya terhadapnya mungkin tidak akan hilang.... biar tuhan tentukan...

No comments:

Post a Comment