Wednesday, November 24, 2010

Last Paper Exam in UMS!!!

Alhamdulillah~ Habis suda paper exam saya!! Dan sememangnya tamat suda perjuagan saya sebagai pelajar di UMS. Hahahhaha!! Alhamdulillah!!! Tidak terkata kegembiraan saya. Walaupun paper Teknologi Web ada sedikit kesukaran menjawap, namun saya buat sehabis baik. Last suda kan so apalagi goreng jak apa-apa yang patut. Dan paling best tu siap saya pandang kiri pandang kanan pandang depan pandang belakang minta jawapan. Nasibla ada juga yang membantu. Tapi sikit jakkkkk!! Tidak apalala janji ada tulisan. Hahaha!!

Anyway, perasaan saya ketika ini bercampur-campur. Ada gembira+sedih. Kenapa? Ntahla. Minta puji kot!!! Hahahah. Gembira disebabkan habis belajar. Then nda payahla pening-pening lagi mau study sampai termuntah2. Pagi tadi pun saya termuntah. Ntahla kali masuk angin disebabkan overdos study. Apa tidaknya kejap bangun study then tido. then bangun lagi study then tido. Last2 tido sampai pagi. Wahahahha. Alhamdulillah benda yang dihafal tu ada berguna timed exam. So saya gembira usaha saya tidak sia-sia dan perjuagan saya suda tamat!!! Tunggu Konvo jak lagi!!! Inyah-Allah!!! Harap tiada la paper sangkut!!! Amin~

Sedih? Mungkin saya tidak lagi menjadi pelajar!! Dan tidak lagi pergi ke kuliah, dan tidak lagi pergi exam!! I'm gonna miss all that. Huhu!! Dan paling sedih mungkin tiada suda saya bole gelak ketawa bersama kawan-kawan. Tiada suda gaduh2 dengan kawan-kawan yang bikin panas!!! Kehidupan akan berbeza selepas ini. Huhu!! Dan sememangnya saya suka kawan-kawan saya yang batch ini. Mix dengan budak junior memang best!! Budak junior baik-baik dan tolong menolong. I like~

Sedih gembira sedih gembira sedih gembira!! Adakah masa depan saya akan ceria? Adakah masa depan saya akan berjumpa member2 yang sporting? Adakah saya ada kesempatan lagi untuk bgossip bersama member2??...(gossip plak di risau.hahahhaha..)

Kesimpulannya, saya gembira selama berada di alam universiti. Ada suka ada duka. Semuanya mengajar saya  sesuatu dan memberi makna dalam hidup saya. Saya berharap agar mereka yang mengenali saya ketika di UMS, janganlah buat2 hilang ingatan apabila berjumpa saya dimana-mana. Friends Forever~ Luv & gonna miss all my friends!!

~"Sebagai manusia saya sayang kamu"~