Saturday, July 9, 2011

Sehari lagi~

Semakin berdebar...

Esok adalah hari pertunangan saya bersama Mohd Shaharul Affindin @ chaun. Tidak di sangka akhirnya saya akan menjadi tunang dia. Bukan senang untuk saya membuat keputusan ini. Iyala kan ini soal hidup hingga ke akhir hayat. Huh!!~Apa2 pun alhamdulillah terbuka juga hati kan. Lagipun dapat sokongan mama dan bapa. Bapa kan garang so susah dia ne mau kasi lepas anak dia dengan lelaki. Bagi dia biar miskin harta janji kaya ilmu agama & dunia. Imbang diri untuk mendapat restui-Nya. 

OK2 mahu cerita ne. Actually barang hantaran untuk chaun ne belum siap!!! Saya serahkan kepada makcik saya. Adik kepada mama saya. Huh. Kalau harapkan saya yg buat, mataiiiii... hahahhahha No komen la...Di harap hantaran tu cantik~ Hmmm, Nak tau lagi!!!~ Semua hantaran untuk chaun tu adalah duit titik peluh saya. A-Z!!~ Dari gam, kertas, reben dan isi2nya adalah duit c afie. Tidak saya harap duit mama bapak saya. Iyala barangan tu kan untuk bakal suami so saya yang pilih saya lah bayar. Kalau mama yang bayar itu tandanya dari dia ke chaun. Ooooohhhh tidakkkk. Baik guna duit sy. Hehehhehehe. Alhamdulillah semua barang suda beli tinggal mau hias jak lagi. Harap cantikkkkk. Hantaran dari saya 11 dan chaun 9.

Hantaran yang saya bagi:- 
1. Baju melayu (untuk pakai hari raya) 
2. Kasut ala james bone (kekekekke). 
3. Sejarah dari mekah. 
4. Al-Quran.
5. Buah-buahan. (Buah2an yang segar k)
6. Kek coklat yang lazat.
7. Perfume Body Shop.
8. Rumah caklat. (Izan dan angah yang buat).
9. Wallet ada dua danbelt.
10. Tuala.
11. Alat mandi!!~

Semoga majlis esok berjalan dengan sempurna. Amin!!~