Saturday, January 15, 2011

Bowling with Family & Staff

Ok ini adalah kali pertama Big boss bagi sponsor main bowling. WOW!!~ Acara diadakan di Centre Point tingkat 8. Team yang bertanding adalah 6 Team dan team saya adalah terdiri daripada Me, Manja, Nick, Kisen & Nazri. Kami tidak hebat tetapi team kami adalah FUN & Happening. Hahahhaha. 

Selepas acara itu, saya & chaun terus melepak di Pizza Damai. Heheheheh

Monday, January 10, 2011

Stimbot!!~

Sempena birthday kawan baik saya ne, saya dgn ikhlasnya telah meraihkan birthday nya di Kampung Nelayan. Stimbot adalah pilihan bersama. Birthday girl tu namanya Arsamawati Samsul. Heheheh. Semoga dia sentiasa sihat dan mendapat rezeki yang melimpah2. Amin!!~

Hari Pertama Kursus

Kursus yang saya ambik adalah Safety and Health Officer Certificate Course. Yurannya adalah 4ribu untuk 22hari. Kebaikan kursus ne adalah menjadi pegawai keselamatan dan kesihatan. 

Ranau

Saturday, January 8, 2011

Jalan2 Ke Beaufort

Cuti new year ini saya pergi ke beaufort dengan mama, comel dan merah. Tujuan adalah meeting untuk cawangan syarikat disana. Kimanis Cigarette Distribution. Kedai rokok. Hee~ KK-Beaufort, Beaufort-KK. Saya yang jadi driver full time. Enjoy juga la driving sebab ada merah & comel yang banyak cakap. Sambil itu, story2 dengan bos. Hmmm, kesannya saya pening. Hahahahhaha.

Balik jak dari Beaufort, singgah di CP. Mama mo beli barang2 dia. Then saya pun ambil kesempatan minta beli barang juga. Wakakkaka. Comel & Merah sangat agresif. Jalan sana sini. Macam jalan bapa dorg. Nasib dorg cute, kalau tidak confirm la kaki tangan naik. Hee~

Lepas CP, singgah pasar. Naaaaa sana lagi la. Sudahla JEM then hujan lebat. Adededede. Free2 sy mandi hujan. Dan sememangnya bertambahla sakit saya. Huhuhu. Saya nda mo sakit. Kalau sakit susah saya mau buat kerja. Alalallaala. Harap saya cepat sembuh. Amin!!~


Me & Comel


Me, Comel & Merah

Friday, January 7, 2011

Sambutan Monthly Anniversary yg Sederhana

Anniversary saya untuk bulan JANUARI ini disambut secara sederhana. Kami sambut di PIZZA HUT, Damai. Itupun selepas waktu berkerja. Penat tu memang penat namun demi hari istimewa, saya gagahkan diri untuk makan. Hehehe. Harap hubungan kami kekal hinggan ke syurga. Amin!!~ Happy Monthly Anniversary sweet 2years 1st Month. Luv u so much!!~


Menunggu Makanan. Laparrrrrrr~


Order order order!!!

Penyakit Menyerang

Semenjak akhir-akhir ini saya selalu tidak rasa selesa. Kejap deman kejap pening kejap lapar kejap apa2 la. Paling tidak tahan tu sakit dada n sakit belakang leher. Punyala sakit. Selalunya saya tahan jak. Buat bodo. Tapi kemarin nda tahan suda. So saya pergi klinik luyang. Dan sesungguhnya di kala sakit begini Chaun ada di sisi. Luv him so much. 

Memang lama la tunggu giliran ne. Tapi saya tidak kisah sebab bagus ba lambat bole juga saya rehat seketika memikirkan hal kerja. Lagipun saya tidak boring menunggu sebab ada c chaun. Hee. Anyway, doc cakap saya gastrik. OMG!! Setahu saya la kan, saya tidak mungkin kena gastrik sebab saya selalu makan. Tapi bila di fikir2 memang patut saya kena la sebabnya saya makan megi sejak duduk ofis ne. Kerja mahu segera so makan mee segera la jawapnya. Saya kena fikirkan sesuatu demi kebaikan saya. Huh!!

Doc pesan lepas seminggu ne masi sakit, dia suruh datang balik hospital. So saya berdoa kepada Allah moga saya sihat. Sebab kalau saya tidak sihat, kerja saya pun tidak okay. Don't like that!!~

Buku yang Membawa Kesan Hingga ke Hati

Biografi MUHAMMAD BIN ABDULLAH
Perjalanan Hidup Seorang Nabi

Apa yang ingin saya sampaikan adalah mengenai buku ini. Setiap isi kandungannya membawa pengertian yang mendalam. Saya makin memahami ISLAM sebenar. Selama ini secara peribadi saya hanya belajar agama di masa tadika, sekolah agama rendah dan sekolah menangah. Lepas tu, senyap!! 

Terima kasih kepada penulis kerana telah menambahkan ilmu pengetahuan saya. Selepas membaca buku ini saya rasa luar biasa dan makin bersemangat menghadapi hidup ini. Dunia ini hanya sementara dan akhirat itu selamanya. Semoga saya akan berubah secara step by step untuk menjadi insan yang berguna dan beragama. Amin!!~

Thursday, January 6, 2011

Plan 2011

Setakat ini plan wajib 2011 saya adalah seperti berikut;

JANUARI 2011 JANUARI 2011 JANUARI 2011 JANUARI 2011 JANUARI 2011

9 Januari 2011
~ Ranau.
~ Kepau wedding. Adik Mahat. Abang ipar.

10 Januari 2011
~ Kursus NIOS selama 22hari.
~ Registration day.
~ Meeting untuk AJK Family day & Annual Dinner 2011.

11 Januari 2011
~My niece birthday. Miko.

12 Januari 2011
~ Kakak Sulung birthday. Intan.

14 Januari 2011
~Buat banner dan medal di kedai.

15 Januari 2011
~ Aktiviti 5S pertama kali dilancarkan.
~ Dan setiap sabtu dijadikan sebagai Hari 5S.

16 Januari 2011
~ Kelas Mengaji bermula hingga khatam Al-Quran.

28 Januari 2011
~ Birthday Bapa

29 Januari 2011
~ Family day & Annual Dinner 2011.
~ Sekali celebrate birthday bapa.

Bersambung....

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year & Welcome to 2011

Selamat datang 2011.

~Semoga tahun ini membawa kebaikan dan limpahan rezeki yang baik dan halal.
~Semoga tahun ini perjalanan hidup saya lebih teratur dan diredhai oleh-Nya.
~Semoga ikatan kekeluargaan disemai dan dikukuhkan dengan kasih sayang yang berterusan. Amin.
~Matlamat tahun ini adalah tahun kerjaya dan mengukuhan kewangan ke atas sasaran hidup.
~Meningkatkan pengetahuan keagamaan secara teratur. (Insyah-ALLAH).

Hmm, rasanya tahun ini serious untuk saya. Kenapa? Apa dia? Rahsia. Hehe. Anyway, Happy New Year to all of my friends. Moga hidup kita ini dirahmati dan mendapat lindungi daripada-Nya. Amin.

Selain itu, sempena tahun baru 2011 ini, saya ingin membuka buku baru untuk mulakan hidup baru secara sihat dan bersih. Tidak mahu lagi ada 'hitam' atau buruk sangka dan perkara remeh temeh berlaku dalam hidup. Gunakan akal fikiran yang sihat ini untuk menilai yang baik mahupun yang kurang baik. Tiada sudah istilah musuh dalam kehidupan. Siapala kita untuk menghakimi manusia sedangkan kita sendiri pun tidak terlepas dari membuat salah silap. Oleh itu, dengan rendah diri saya memaafkan sesiapa sahaja yang pernah melukai dan menyakiti saya secara terus mahupun secara halus. Saya maafkan dan saya berharap mereka itu juga maafkan saya. Ikhlas dari hati saya memohon kemaafan, Maafkan saya~. 

Bukan senang  untuk meminta maaf ne tapi sempena tahun baru ini dan niat pun mahu menjadi insan baru, memaaf dan memberi kemaafan itu adalah langkah pertama. Semoga tahun ini akan sama-sama kita menjadi manusia yang baik, berakal, berguna dan berkasih sayang. Amin.

~Last year of 2010~
~31 December 2010~

Lepas dari SR terus lepak lagi di Starbuck


Tulis kata2 semangat di buku yang baru di beli


Tunggu bunga api di malam New Year of 2010.
Babai 2010 & Welcome 2011

New Year
1st of January 2011

With them. Chaun & Mia.