Sunday, January 2, 2011

Happy New Year & Welcome to 2011

Selamat datang 2011.

~Semoga tahun ini membawa kebaikan dan limpahan rezeki yang baik dan halal.
~Semoga tahun ini perjalanan hidup saya lebih teratur dan diredhai oleh-Nya.
~Semoga ikatan kekeluargaan disemai dan dikukuhkan dengan kasih sayang yang berterusan. Amin.
~Matlamat tahun ini adalah tahun kerjaya dan mengukuhan kewangan ke atas sasaran hidup.
~Meningkatkan pengetahuan keagamaan secara teratur. (Insyah-ALLAH).

Hmm, rasanya tahun ini serious untuk saya. Kenapa? Apa dia? Rahsia. Hehe. Anyway, Happy New Year to all of my friends. Moga hidup kita ini dirahmati dan mendapat lindungi daripada-Nya. Amin.

Selain itu, sempena tahun baru 2011 ini, saya ingin membuka buku baru untuk mulakan hidup baru secara sihat dan bersih. Tidak mahu lagi ada 'hitam' atau buruk sangka dan perkara remeh temeh berlaku dalam hidup. Gunakan akal fikiran yang sihat ini untuk menilai yang baik mahupun yang kurang baik. Tiada sudah istilah musuh dalam kehidupan. Siapala kita untuk menghakimi manusia sedangkan kita sendiri pun tidak terlepas dari membuat salah silap. Oleh itu, dengan rendah diri saya memaafkan sesiapa sahaja yang pernah melukai dan menyakiti saya secara terus mahupun secara halus. Saya maafkan dan saya berharap mereka itu juga maafkan saya. Ikhlas dari hati saya memohon kemaafan, Maafkan saya~. 

Bukan senang  untuk meminta maaf ne tapi sempena tahun baru ini dan niat pun mahu menjadi insan baru, memaaf dan memberi kemaafan itu adalah langkah pertama. Semoga tahun ini akan sama-sama kita menjadi manusia yang baik, berakal, berguna dan berkasih sayang. Amin.

~Last year of 2010~
~31 December 2010~

Lepas dari SR terus lepak lagi di Starbuck


Tulis kata2 semangat di buku yang baru di beli


Tunggu bunga api di malam New Year of 2010.
Babai 2010 & Welcome 2011

New Year
1st of January 2011

With them. Chaun & Mia.



2 comments: