Friday, March 19, 2010

Syukur kerana dia memahami..

Saya rasa bersyukur kerana berjumpa seseorang yang benar-benar menepati citarasa & kehendak saya. Saya sangat bahagia dan bersyukur. Saya ingatkan cerita cinta di tv dan movie tu adalah donggeng semata-mata. Namun kini saya yang alami keadaan ini. Mula-mula kenalnya, saya tidakla mengharapkan hubungan yang serious disebabkan saya tahu pasti berakhir dengan perpisahan. Ini adalah kerana saya suda beberapa kali gagal dalam percintaan. Kita buat sehabis baik, akhirnya hajat tidak kesampaian. Tetapi itu bukan alasan saya menolak untuk menerimanya. Bagi saya, kita kena bagi peluang dan merasainya. Barulah tahu kan apa kesudahannya. Sekurang-kurangnya kita tidak menyesal kemudian hari.

Chaun nama dia.... Ganjilkan nama dia. Pelik pun  ada. Gelaran kawan ragbi dia yang bagi. Dan dia cakap antara kawan perempuan, saya lah orang pertama penggil dia chaun. Kawan perempuan dia panggil dia sharul jak. hehehhehe.. bukan mo mnta puji tapi bagi saya nama chaun pelik, so panggil jak la. Dan semenjak dari itu, nama chaun famous di kalangan kawan-kawan saya. huahuahuahau.. Oya, family saya pun panggil dia chaun. Seolah-olah namanya sebenar suda tenggelam..

Makin lama saya mengenali makin banyak perkara saya ketahui. Contohnya family dia, bekas kekasih dia, dan kisah-kisah yang dialaminya. Semuanya tiada rahsia dan saya tidak bosan untuk terus mengenalinya. Bukan bermakna kami okay jak tapi kadang kala kami pun ada pertengkaran sengit. hehehhehe. kebanyakkan kami berdebat dengan topik-topik yang hangat mahupun tidak. Namun sehingga ke hari ini kami masih bersama walaupun sering tidak sehaluan pendapat.

Hmmm, hubungan antara saya dengannya tidakla saya rahsiakan daripada keluarga saya. Syukurla dorang okay jak. Dan chaun pun senang bergaul dengan mereka. Tiada segan tetapi masih menghormati antara satu sama lain. Keluarga dia? saya belum lagi bersedia untuk mengenali mereka kerana..... ntahla. Belum tiba masanya lagi. Cukupla dia dahulu dikenali...

Apa yang saya harapkan, biarlah dia terakhir dalam hidup saya di dunia dan akhirat. Amin...

No comments:

Post a Comment