Thursday, May 5, 2011

Hati Makin Sembuh..

Rasanya saya makin okay. Tidak sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya saya melangkah 10 tapak. Hahahahha. Hmmm, Mungkin tanpa disedari mama yang bagi kekuatan. Iyala hari ne sy pegi pejabat di beaufort. So dalam perjalanan tu banyak sembang itu ini. Yang penting bukan melibatkan hal peribadi saya. Namun dalam semua perbualan tu terselit keinsafan dan kesedaran....

Dalam dunia ini, percintaan itu bukanla masalah yang besar pun. Kalau tiada jodoh pasti ada yang perkara terbaik menunggu di masa depan. Bila dan apakah, itu semua kuasa Allah. Namun diri sendiri kenalah diperbaiki dahulu. So inilah langkah yang akan saya lakukan... Lupakan hal yang lama2. Bina hidup baru.... Saya tidak mahu percintaan itu menjatuhkan saya. Bila di fikir kembali, saya banyak membuang masa mengenali orang lain daripada mengenali diri sendiri. Sekarang ini, saya mahu ruang untuk diri saya.... 

Untuk menjadi baru itu bukanla mudah namun kalau ada usaha, tawakal dan berdoa itu, pasti Allah akan membantu. Oleh itu, saya perlu merancang demi masa depan dan di hari akhirat... Hmm, bukan bermakna saya ingin jadi alim. BUKAN. Tapi hanya perbaiki diri sendiri... Hmmmm, dari dengar cerita mama tu, saya rindukan kota Mekah dan Madinah. Hati ini seperti ingin sangat segera ke sana. Ingin sekali menjejaki kaki ke rumah Allah. Dulu tahun 2000 pernah sekali ke sana. Bersama nenek, atok, adik dan mama. Masa nenek dan atok baru masuk Islam. Sekarang ini saya ingin pergi lagi.....

Sebelum ini, saya terniat untuk pergi bersama bakal suami. Namun hajat tidak kesampaian. Percintaan terputus. Saya redha~ So sekarang niat saya ingin pergi bersama keluarga..... Tahun depan insyah-Allah... 8k saya kena kumpul cuz mau ambil pakej umrah yang melawat tempat bersejarah.... Saya ada masa setahun lebih lagi untuk kumpul duitttttt.... Semoga Allah mendengar niat saya ini dan memberi rezeki ke saya. Amin.

No comments:

Post a Comment