Thursday, December 9, 2010

Terkilan dan Kecewa

Apa yang saya terkilan dan kecewa adalah disebabkan kawan. Dari dulu hingga sekarang tidak pernah saya jumpa kawan yang sejujurnya. Ada jujur tetapi sekejap jak. Lepas itu, keluar perangai sebenar. Kalau keluar perangai baik tidak apala juga. Ini perangai Masya-Allah, hanya Allah jak tahu. Bukan mahu burukkan dia mahupun merekacerita tetapi ini adalah kenyataan. Apa yang saya harapkan agar dia berubah. Saya tidak faham apa masalah dia dan kenapa perangai dia berubah begitu rupa. Adakah saya bersalah atau memang niat dia hanya gunakan saya untuk kepentingan diri dia. 

Mari imbas kembali semasa sekolah menengah. Diwaktu menengah saya sangat gembira disamping kawan2 sekepala. Susah senang sama2. Belajar sama2. Bersukan sama2. Tiada kepentingan dikalangan kami. Kami jujur dalam bersahabat. Kami berkawan baik. Sikap buruk masing2 ditegur dengan kritikan. Namun kami tetap bersatu.  Seriously, saya sangat rindu saat itu.

Semasa diploma.. Kawan makin berkurang. Kawan sekepala susah didapati. Namun akhirnya kawan tingal kawan. Namun saya masi bersyukur walaupun tiada kawan baik, namun kawan biasa sudah cukup untuk menjadi teman. Timed beginila BF menjadi pilihan. Kawan?~ Bukan ditinggalkan tetapi di asingkan oleh kawan sendiri. 

Semasa degree, Ada juga la sinar kekawaan. Tetapi semuannya hipokrit!!!!! Diguna dan dipergunakan. Bukan semua tapi sebahagiaan. Amalan tikam menikam ne macam perkara biasa diwaktu ini. Bukan saya yang menikam tetapi saya menjadi mangsa. Huhu. So sad.....tetapi camana ditikam pun saya tetap berkawan. Kenapa? Asgmnt kali. Hahahhaha. Bukanla~ Hahahaha. Hmmm, Selalunya saya suka berdepan dengan masalah kawan. Kalau saya ada salah, saya minta maaf. Tapi kalau saya nda sedar kesilapan saya, mereka suka mengkritik saya tanpa menegur. Tapi bila saya tegur perangai mereka, mula dorg buat macam c taik. Sepatutnya orang berilmu akan mencari jalan penyelesaian. Bukan merajuk mahupun menjauhkan diri dengan membuat muka. Konon dia la baik konon. Diam ertinya tidak bersalah. Orang2 begini memang saya meluat. Macam mau tendang pun ada. Macam mau memaki pun ada. Tapi apa kan daya, saya hanya mampu tegur. Tidak boleh lebih2...sebab mereka suda terlebi dewasa. Ada otak fikir yang positif dan negatif. Kalau saya diberi peluang untuk tegur, memang saya tegur dengan kritikan yang membina. Selepas itu, Maaf antara satu sama lain adalah jalan penyelesaian dan menyelamatkan perhubungan persahabatan. Insyah-Allah masing2 akan merasa lega setelah meluangkan isihati & kemarahan. Tetapi, saya tidak diberi peluang untuk mendengar isihati kawan2 saya yang bermasalah. Hmmm, apa2 pun saya berdoa agar kawan2 saya yang talam dua muka ini akan mendapat sinar hidayah untuk tidak terus menjadi manusia bertopengkan syaitan. Dengan sesama manusia bolehla menipu tetapi Allah S.W.T mereka tidak sama sekali dapat menipu. 

Wahai sahabat sekalian, berkawanlah dengan jujur, ikhlas dan setia. Berkawanlah tanpa melihat umur, hartabenda dan keagamaan. Berkawanlah sekali kita adalah umat manusia. Jangalah kita berfikir seperti binatang yang tidak dapat menilai dengan menggunakan akal fikiran. Sejujurnya saya berkawan dengan ikhlas dan bertolenrasi. Saya bukan mengumpat tetapi saya bercakap benda yang nyata benda yang jadi. Demi Allah saya tidak merekacerita. Inilah situasi saya. 

Namun saya masi bersyukur kerana masi ada kawan yang jujur, ikhlas dan setia bersama saya. Terima kasih. Semoga Allah memberi keredhaan ke atas hubungan bersahabatan kita. Amin~

No comments:

Post a Comment