Wednesday, October 24, 2012

Akhirnya berjumpa..

Pada 22hb.10.12, saya telah berjumpa dengan anak buah yang sekian lama menghilang. what a surprised. terkejut dan terkedu.

Friday, October 19, 2012

Bapa sakit...

Sejak akhir2 ne bapa sering sakit. Saya risau dan keluarga lagi la risau. Dalam waktu yang sama, banyak perkara yg timbul. kisah lama telah terbongkar. Ya Allah tabahkanlah hati ini. Saya harapkan semua yang terjadi ini akan berlalu pergi dengan tenang.

Akhir2 ini juga saya mudah untuk menangis walaupun cuba ditahan namun tetap mengalir.
Ya Allah, bantulah saya.

Saturday, September 1, 2012

Atok telah pergi..

31 OGOS 2012. Jumaat. Pagi syawal. Hari Merdaka Malaysia.
Di bulan syawal yang indah ini, atok telah meninggalkan kami sekeluarga. Huhuhuh. Sedih. Kerana belum puas rasanya untuk bersama dengannya. Yang menyedihkan adalah dia tidak sempat untuk melihat saya melangsungkan perkahwinan. Sedangkan itu la majlis yang di tunggu2.

Atok telah meninggalkan dunia pada bulan syawal di hari Jumaat lebih kurang waktu khutbah jumaat berlangsung. Al-Fatihah kepada atok yang tersayang. Menurut cerita, ketika pergi dia ada bersama makcik Ella & Pakcik Win. Alhamdulillah dia sempat melafazkan 2 kalimah syahadat.

Sepatutnya kemarin, kami sekeluarga ada Majlis Pitas-Sogit. Sogit kambing telah dihantar ke rumah perempuan sebelum hari majlis dilakukan. Dan keluarga saya telah dijemput ke majlis tersebut. Majlis itu untuk abang saya Izen dan bakal kakak ipar saya, Darlane. Namun majlis itu telah dibatalkan.

Kami sekeluarga telah bergegas balik kampung di Kimanis, Papar selepas selesai Solat Jumaat. Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi. Sampai saja di pintu rumah, hati saya amat terusik melihat jenazah yang diletak tengah diruang tamu. Ya Allah, Tabahkanlah hati ini. Melihat lagi mama menangis, hati saya makin sedih. Lalu saya mencari tempat lalu duduk dan membaca yassin untuk atok tersayang. Pada masa itu, airmata saya tidak dapat ditahan.

Doa untuk atok tersayang;
" Ya Allah! Ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, muliakanlah tempat kembalinya, luaskanlah tempat tinagalnya, dan bersihkanlah dia dengan air, salju dan embun. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan atau dosa, sebagaimana bersihnya pakaian putih dari segala kotoran. Gantikanlah untuknya rumah yang lebih bagus dari rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, isteri yang lebih baik daripada isterinya, masukkanlah dia ke syurga, lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya, serta lindungilah dia dari seksa api neraka.
  Ya Allah! Ampunilah kami orang-orang yang hidup, yang mati, yang menyaksikan, yang ghaib, yang kecil, yang besar, yang lelaki dan yang perempuan.
  Ya Allah yang menghidupkannya di antara kami, maka masukkanlah dia atas golongan Islam dan yang mematikannya di antara kami, maka matikanlah dia dengan membawa iman. Ya Allah! Janganlah Engkau menghalangi sampainya pahalanya kepada kami, dan janganlah Engkau sesatkan kami sepeninggalnya. Dengan rahmatmu wahai Dzat yang Maha Pengasih. Segala puji bagi Allah yang menguasai seluruh alam."

Semoga arwah atok berada di tempat2 orang beriman. Amin. Ya Allah, Hati ini rindu kepadanya.

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011

Akhirnya kita di penghujung tahun 2011. Alhamdulilla saya masih lagi hidup. Hehehehhe. Kenapa saya rasa sedih plak ne? Hmmm

Tidak dinafikan tahun ini banyak membawa kegembiraan dalam hidup saya. Walaupun ada terselit kelukaan namun tidakla memuratkan. Dan saya pun lupa apa yang terluka. 

Tahun amat bermakna dalam hidup saya.
1. Saya ada tunang. Tidak disangka saya bertunang. Tidak disangka ada orang mahu saya. Alhamdulilah.
2. Saya dapat degree dalam sains komputer dalam sistem pengurusan dan rangkaian. Alhamdulilah.
3. Saya lupa suda... Hahahhahaha..
Nantilah saya review..

Hmmm, Saya harap tahun depan akan berlaku perkara baik. Amin~ 

Monday, November 28, 2011

Budak bodoh akhirnya dapat Ijazah!!~ I am proud of myself~

Akhirnya saya dapat genggam ijazah. Can't believe it yo.. Hahhahaaha. Iyala saya ini kan kategori budak bodoh tapi alhamdulillah Allah telah berikan saya peluang untuk menikmati perasaan mendapat ijazah. Alhamdulillah kepada Allah s.wt. Ijazah ini hanya untuk ibubapa, adik-beradik dan keluarga.

26.11.11 (Sabtu)
Hari yang di nanti untuk mendapatkan Ijazah saujana muda dengan kepujian dalam bidang sains komputer (Rangkaian dan Sistem Pengurusan) telah di capai. Syukur alhamdulillah...

Bersambung...

Monday, November 21, 2011

Ambil Jubah!!~

Walawey, tidak di sangka saya bakal graduan!!~ Muahahahahha. Ketawa sendiri. Iyala tidak ku sangka budak bodoh macam saya boleh dapat degree. Percaya tidak? Saya sndiri pun tidak percaya. Tetapi hakikatnya.... saya bakal dapat Ijazah sarjana muda dalam kepujian ( Sistem dan Rangkaian) <-----Ntah betul ka tidak. Nanti saya double check. Hehehehhehe.

Ok2....hari ini saya beratur punyala panjang semata2 hanya untuk bayar yuran Konvo. Hmmm salah saya juga. cuz ngok betul tidak ambil jalan muda. Bagus2 boleh bayar online, saya tetap juga pilih bayar manual... Naaa jadi baris la panjang. Ngeeeee.

Syukur alhamdulillah, urusan ambik jubah dan sewaktu dengannya settle!!~ Yiipppiiieeee~ Dan kos segalanya di tanggung oleh diri sendiri. Heee. Tidak apa janji saya puas hati. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. 

Dan thanks juga kepada fiance kerana teman saya berurusan. 

Monday, November 14, 2011

Berlari Atas Gunung

Naaaa sapa sangka saya pun ikut berlari dalam acara Kinabalu International Climbathon 2011. Niat di hati saja jak mau main2. Tapi akhirnya serious konon!!~ Apa2 pun alhamdulillah saya sihat dan selamat ketika mengikuti acara tersebut. Dan saya merasa sangat gembira dan terhibur!!~ Next year, insyahallah!!!~ 


Wednesday, August 31, 2011

Raya + Merdeka!!~

Alhamdulilah...
Pada tahun ini adalah kali pertama saya menyambut Hari Merdeka di Kedah. Walawey~ Juga, Raya ke-2 pada hari ni. Huh.... Double sambutan perayaan la hari ne.. Hee..

Raya...
Tahun ini saya dan family menyambut hari raya di Kedah Darul Naim. Hmmm, itupun ada promosi tiket murah so apa lagi parent pun sponsor tiket. Semua adik-beradik saya ikut kecuali Izen, Izan dan angah (abang ipar). Tiket Izan dan angah terpaksa dibatalkan sebab izan sarat mengandung dan alhamdulillah dia melahirkan bayi perempuan pada 27hb August 2011 pada jam 12.50 pagi. Comel sangat dan kulit dia kemerah-merahan. Izen pula tidak ikut disebabkan.....tiada alasan yang diberikan....

Cuti...
24 August 2011 (Rabu)
Saya dan beberapa ahli keluarga yang lain berangkat ke Kualu Lumpur pada 10.55 pagi. Airasia sebab tiket free. 0 price. Hanya bayar tax jak. Yang ikut saya adalah Intan, Mahat, Faten, Merah, Comel dan kedua ibubapa Mahat. Kami semua 8orang. 

Di saat akhir baru saya siap packing.... Dan bila di KL baru perasan ada beberapa barangan tertinggal. Barang tidak penting pun. Padam muka sy juga cuz last minute packing barang. Huh.

Apa2 pun sedih juga la cuz beraya jauh dari tunang tersayang. Tidak apala janji tahun depan Insyah-Allah boleh juga together2... (^_^) Semoga tahun pertama menjadi tunang orang ini saya harungi dengan baik. Amin. Sempat lagi salam dia timed dia hantar saya di airport. Yang tidak sempat tu, minta duit jak... wakakakakakaka

Ok setelah sampai di LCCT tu, kawan bapa yang ambil kami. Hmmm dalam perjalanan ke Kajang tu, limpas lagi di KTT. Kolej lama saya. Fuh banyak kenanagan betul~ Sampai jak rumah terus zzZZzzz. Tunggu sungkai jak. Kekekekekekek. And yes, bapa sy juga yang masak. Dia memang suka memasak~

Hari dilalui dengan biasa saja.....

25hb August 2011...
KLCC - Jalan2 sampai patah kaki. Gambar sana sini. Mau beli barang pun sikit. Then pergi Jalan TAR. Fuh, murah2 barangan tapi beli yang penting jak. Then sempat lagi melihat insiden orang kehilangan wallet. Girl dan bukan local. Habis dari sana, terus gerak ke KTM Bank Negara. Punya padat tu Komuter. Kami ditinggalkan dan terpaksa tunggu next komuter. Huh. 

Buka puasa dengan ikan sembilang yang jarang dijumpai di KK. Kalau ada pun, mahal mau mati. Di kajang sy makan dengan pelahapnya. Sedap~



Wednesday, August 24, 2011

Terasa Perbezaan Ramadhan Tahun ini

Tahun pertama menyambut ramadhan dengan gelaran darah manis.

Berpuasa dengan yang tersayang & keluarga.

Saturday, July 9, 2011

Sehari lagi~

Semakin berdebar...

Esok adalah hari pertunangan saya bersama Mohd Shaharul Affindin @ chaun. Tidak di sangka akhirnya saya akan menjadi tunang dia. Bukan senang untuk saya membuat keputusan ini. Iyala kan ini soal hidup hingga ke akhir hayat. Huh!!~Apa2 pun alhamdulillah terbuka juga hati kan. Lagipun dapat sokongan mama dan bapa. Bapa kan garang so susah dia ne mau kasi lepas anak dia dengan lelaki. Bagi dia biar miskin harta janji kaya ilmu agama & dunia. Imbang diri untuk mendapat restui-Nya. 

OK2 mahu cerita ne. Actually barang hantaran untuk chaun ne belum siap!!! Saya serahkan kepada makcik saya. Adik kepada mama saya. Huh. Kalau harapkan saya yg buat, mataiiiii... hahahhahha No komen la...Di harap hantaran tu cantik~ Hmmm, Nak tau lagi!!!~ Semua hantaran untuk chaun tu adalah duit titik peluh saya. A-Z!!~ Dari gam, kertas, reben dan isi2nya adalah duit c afie. Tidak saya harap duit mama bapak saya. Iyala barangan tu kan untuk bakal suami so saya yang pilih saya lah bayar. Kalau mama yang bayar itu tandanya dari dia ke chaun. Ooooohhhh tidakkkk. Baik guna duit sy. Hehehhehehe. Alhamdulillah semua barang suda beli tinggal mau hias jak lagi. Harap cantikkkkk. Hantaran dari saya 11 dan chaun 9.

Hantaran yang saya bagi:- 
1. Baju melayu (untuk pakai hari raya) 
2. Kasut ala james bone (kekekekke). 
3. Sejarah dari mekah. 
4. Al-Quran.
5. Buah-buahan. (Buah2an yang segar k)
6. Kek coklat yang lazat.
7. Perfume Body Shop.
8. Rumah caklat. (Izan dan angah yang buat).
9. Wallet ada dua danbelt.
10. Tuala.
11. Alat mandi!!~

Semoga majlis esok berjalan dengan sempurna. Amin!!~ 

Sunday, June 26, 2011

Mama Pergi Wayang

Hahahahhahah. Belum lagi saya tulis sudah terasa mau ketawa. Iyala mama ajak saya pergi tengok wayang 'KL Gangster'. Gempak ka tidak gempak!! Saya just follow jak. Iyalakan mama birthday so apa salahnya ajak dia sekali sekala. Yang bestnya tu, saya beli tiket wayang dia menggunakan umur budak. kekekekkeke. Nasib baik jak tidak kedapatan. Apa2 pun saya gembira mama saya gembira~ Semoga saya mampu untuk gembirakan dia setiap hari~

Dia kata filem tu memang the bommmmmmmbbb. Best giler dan memang lawak menjadi!!~ Dia suka & saya pun suka.

Friday, June 24, 2011

Mom's Birthday sweet 52

Suprised party untuk mama a.k.a pengarah urusan atas KEM Group!! Inila kali pertama kami membuat sambutan harijadi secara senyap untuk bos. Syukur alhamdulillah perancangan yang dibuat berjaya!!! Wahahahhaha. Terima kasih la kepada semua staf yang dipaksa panggang ayam, potong itu ini dan masak mee. hahahhaha. Yang penting semua dapat makan. yeahhhh. Saya harap mama akan sentiasa sihat walafiat dan mendapat rezeki yang berjuta-juta supaya saya dapat naik gaji. Amin~

Sunday, June 19, 2011

Dekat

Saya merasa susah hati yang amat sangat. Kenapa? Banyak hal untuk dilalui pada waktu terdekat ini. Stress!!! Tapi saya masih mampu untuk tenangkan diri. Study untuk paper II SHO pun belum mula lagi. Habisla kalau saya gagal ne tau. Kecewa tahap gaban la ne. Adedededede.

Well, oleh kerana saya amat streessssss. Spa adalah pilihan saya. Dan paling best tu setelah sekian lama baru saya dapat cari spa yang terbaik di KK. Fuuuhhhhh. Ka'andaman spa memang terbaik. Walaupun agak mahal mampu berbaloi!!! Dan yang penting ada diskaun baik punya. Hah. So lepas ne gaji saya banyak abis di spa la ne. Hehehhehe. Tidak apa janji diri ini belai dengan manja. Yay!! 

Tuesday, June 14, 2011

Kursus Lagi

Niosh Passport. Hmmm kursus lagi. Terpaksa duduk kursus dan duduk exam. Kena ambil cuz saya safety officer. Kena ada passpart masuk site. Arrrggghhh. Nasib jak exam tadi amat senang. Siap tolong member lagi time exam. Fuhhh minta puji betul c afie ne tau. Hahahhahaha. Kan bagus kalau exam SHO macam Niosh passport. Tidak juga saya pening kepala macam ne. Huh. Semoga saya dapat lalui setiap perkara dengan aman. Amin.

Wednesday, June 1, 2011

Debaran..

Disaat ini saya telah menjadi gila kerana menunggu debaran yang makin dekat...OMG!!! Betul ka ne terjadi dengan saya.. Apaka itu....Tunggu!!! Tidak mau heboh2... Nanti tidak terjadi seperti yang dirancang... For sure, saya masih kurang percaya... Semoga Allah mempermudahkan perancangan ini...AMIN..

Tuesday, May 17, 2011

Balik Kampung

Sempena cuti ne, saya mengambil kesempatan untuk melawat nenek n atok di kampung. Yang peliknya, abang saya yang paling susah mau balik tetiba join plak. Apala... Then tanpa di rancang, c chaun pun join.. Errrr... So kami memang ramai. Sempit2 dalam kereta... (Mama, Abg Mahat, Intan, Merah, Comel, Chaun, Izen, Azmi, Manja, Azmi, Faten, Miko & Me).

Atok la paling gembira tengok kepulangan kami. Nenek plak pun sama. Iyala...selalunya mama n budak2 kecik jak yang balik kampung. Tapi tetiba kami yang besar pun ada, takajut la dorang.. Naaaa yang paling kecoh tu, bila dorang nampak c chaun. Macam2 la soalan cebuk emas...Naaaaa kotohhhhhh...

....dan perancangan telah dibuat secara serious.....tetiba plak..... apa yang di rancang biarla rahsia...i malu...


Saturday, May 14, 2011

My Sweet 29th~

Tidak disangka umur saya da 29 tahun!!! Ohhh my god!! Tapi kenapa muka saya tidak seperti 29. Huhuhuhu. Menghairankan... Kadang2 saya terfikir, adakah saya salah tahun. Hehehhehehe. Apa2 pun kena terima hakikat juga. Saya memang dah semakin matang. Huahuahauahua. (Tidak boleh terima hakikat juga ne tau). Hahahahha. Hmmm, Birthday saya tahun ini rasanya ada sedikit kelainan. Nda pernah2 celebrate di Hotel tetiba plak tahun ne sambut di hotel. Macam kaya~~~~ Tapi syukur bukan saya yang bayar.... C chaun!!!! Hehehehhe. Thanks my lovely bf....

Dan paling sweet sekali tu, tetiba plak ada orang nyanyi lagu birthday. Mula2 tu buat bodo jak sebab sebelum tu ada juga customer hotel tu birthday. Then staf tu menyanyi sambil mendekati meja kami sambil bawa kek. Naaaa betul2 ba kek tu landing di depan saya... Terkejuttttttnya sayaaaaaa.... Huahuahuahauahauhaua.. U got me!!~ Dan sememangnya saya sungguh malu...plus terharu.... iyala ba nda pernah kan begitu...sakai la ba seketika... boleh ba kan.... terus saya keras ba di meja saya. Nda mau bergerak ke mana2. Nasib jak saya suda berabis makan sebelum kek tu datang. Huhuhuhuhuhuh. Dan....ada orang putih wish saya birthday... waahhhhhhh..

Apa2 pun saya harap tahun ini saya akan menjadi semakin matang. Semakin dimurahi dengan rezeki halal... Dan mengharapkan kesihatan yang berpanjangan... Dan dapat mencapai impian mandapat bakal suami yang baik hati, penyayang, sihat, beragama dan menjamin saya untuk ke syurga. Itu saja harapan saya.... oya, dan mengharapkan kesihatan ibubapa saya sihat sehingga saya menjadi isteri mahupun ibu kepada anak2 saya. Amin..

Monday, May 9, 2011

Inai Rambut

Baru selesai jak saya dye rambut guna inai...hehehhehe.. 1st time dalam hidup warnakan rambut. Walaupun belum tahu lagi samada menjadi atau tidak tapi saya rasa kelainan plak... Ntahla... Minta puji kali... So esok pagi saya kena bangun awal cuz mau cuci rambut yang penuh dengan inai.. Harap menjadi~ Amin..

Saturday, May 7, 2011

Sakit..

Cerita pada hari jumaat 6may..

Hmmmm...actually saya sakit yang paling teruk tu pada hari jumaat. Kemarin la tu kan... Teruk yang amat sangat... Mula sakit hari isnin. Namun saya ne tidak suka melayang sakit. Lawan punya lawan, hari jumat abis weak berabis.. Nasib time sakit menyerang saya di ofis waktu pagi. Adoooiiii. Masi terasa sakit tu... Namun saya kawal moody saya. Tiada marah2.. Just menahan sakit...

Rasanya saya sakit disebabkan perpisahan itu kali...Saya makin baik bila c chaun tu, cuba memujuk saya makan makan makan...Memang saya teda mood mau makan tapi akhirnya saya menjamah juga makanan... Bubur Mc'd arrr...hahhahahah.. Lepas mkn tu, badan makin panas kepala makin pening perut sakit yang amat sangat. So saya balik la ruma. Half day~ Sampai ruma susah plak mau tido. Paksa punya paksa dapat juga tidur. itupun sejam jak. Menahan pening sampai mengalirkan air mata. Nda pernah2 ba saya begini.... Then plan saya, mau tdo kejap then pegi SR untuk booking kek dan beli kad untuk mama sempena mother's day. Saya kuatkan hati untuk bangun. Then c chaun plak message. Saya balas jak apa2 yang patut. Bila dia tahu saya mau jalan, dia pun mau ikut. Memang geram la juga...kan kami suda breakkk... biarpun lunch tadi bersama tidak bermakna suda couple.... Namun dia tetap degil mau juga pegi rumah saya... Hmmm suka hati dia la mahu ikut ka tidak... Tiada kekuatan suda saya mahu melayan karenah dia...

Then dia pun ikut.... timed on the way pegi SR di Suria Sabah tu, sakit saya tetiba mendadak. Adoiiii.. So Chaun saja yang pegi order kek. Saya just tingal di kereta. Memang tidak larat langsung. Lepas tu baru kami pergi ke CP. Saya paksa diri untuk jalan juga. Niat saya kan mahu cari kad untuk mama. Nda kan saya suruh c chaun plak.. Iskkk nda mo saya... So berjalan la kami... makin saya jalan makin sakit kurang sikit... Mengkali pasal saya ne sedang cuci mata melihat barang2 kan....hahhahahha.... Siap beli kad, chaun ajak makan Sushi King... Saya minum air japaness teh yang panas tu, terus pening saya kurang... Fuhhh lega...Cuma saya tidak berselera untuk makan sushi. Apa yang c chaun bagi, saya tolak jak... Hah lepas jak dari makan, terus saya cari ubat di Guardian. Huh terpaksa cari geng. Kalau tidak merana saya. Dan saya mahu sihat esoknya kan... Lepas dari itu terus saya balik rumah dan chaun pun balik....

Sampai bilik terus makan ubat... Dan akhirnya....saya kurang sakit....hehhehehhe...tidak sesakitnya sebelumnya la... Pengajaran disini....jangan mahu minta puji tidak makan ubat ketika sakit... Mesti makan ubat... Dan saya berharap saya sihat dengan cepat... cuz saya masi rasa pening2...demam....perut? sihattttt....

All in One day~

Dalam satu hari ne begitu banyak perkara yang terindah dalam hidup saya... Saya sangat gembira dan bersyukur...

Kenduri Doa Selamat
Selepas aktiviti 5S di ofis, semua staf berkonvoi balik rumah. Cuma saya melancong sikit pegi ambik kek di Secret Recipe.. Ambik kek..Yeahhhh...Well, kenduri actually untuk all in one... maksudnya di sini... Selain doa selamat untuk meraih kepulangan mama, adik n kak inn yang baru balik dari mengerjakan umrah, ia juga bertujuan lain. 1. Untuk mama. 2. Syarikat berjaya mendapat kontrak pusat selama 2 tahun. 3. Untuk adik saya yang lulus STPM. 4. Untuk saya disebabkan akhirnya dapat DEGREE. Dan paling last adalah disebabkan adik saya c Farhan telah kembali semula bersama kami. Maknanya adik-beradik saya lengkap. Yeahhhh.

Kerana kenduri ini juga la... Nenek saya dan saudara-mara serta kawan2 berkumpul untuk bersama. Bukan senang tahu mahu satukan keluarga dalam satu masa. Heee.. Apapun alhamdulillah dengan segala rahmat yang diberi. Dan yang paling best tu, mama saya masak my favourite food...butter prawn....wahhhhhhhhh... Udang nya besar lagi tuuuu... I like.... kenyang...Alhamdulillah..... Dan sememangnya cepat habis...Perangka ba staf KEM GROUP ne... Hehheheheh...

Happy Mother's Day
Paling tidak disangkan kenduri ne pun ngam2 Hari Ibu...Tidak di sangka kan... kalau ikutkan tarikh dunia, Hari Ibu tu esok. 8 may tapi mama berangkat ke KL untuk hadiri dinner ntah apa2... Tidak tahu la dinner apa...yang penting kena sponsor olehhhhh....ntahla saya pun tidak pasti....hahahhahahha... Tapi bagi saya la kan, hari ibu tu bila2 masa saja boleh buat janji kita tunjukkan yang kita hargai dia... Dan sememangnya saya memang cintakan ibu saya... i love you mama so much...ehem ehem... sempena hari ibu ne juga, saya dengan rela hati telah sponsor durian cheese dari SR. Sedap~ Dan sesungguhnya kek itu sekelip mata telah habis ditelan oleh para ibu2....hahhahahhahah...Dan para bapa2 hanya dapat sikit sahaja....kekekkekekkekek...

Monthsary
Sempena hari yang bertuah ne juga saya telah kembali bersama chaun. Bukan senang juga terima manusia ne balik tapi bila difikir secara baik dan buruk, saya dengan kasih sayang telah terimanya seadanya... lagipun dia telah jelaskan perkara sebenar. So syukur Alhamdulillah kami telah kembali bersama... Saya sangat berharap agar kami akan bersama di dunia dan akhirat. Amin...

Habis saja kenduri, saya terus abiskan masa bersamanya... Celebrated konon...hehehheheh..Movie water of elephant sangat best...sesuai juga la kami tengok tu movie.. Pengorbanan terhadap kekasihhhh...

Hadiah dari IBU
Hahahhahahha....Tidak di sangka mama telah berikan saya perfume dari Mekah. Sedap wangi perfume tu...yang paling gembira tu wangi tu sama dengan perfume Britney Spears....wahhhhh...i like i like... Selain itu saya dapat sejadah...hmmm macam bersemangat tahu saya mau sembahyang....Hehehhehehhe... Bau baru kan... Hehehheheh.... Dan sebagai pertukaran, saya telah berikan mama kad mother's day yang sederhana besar namun ia sangat menarik...kerana ia ikhlas hati dari saya.... Dalam kad itu juga ada sign adik-beradik saya serta kata2 mereka...

Kesimpulannya...... Saya sangat bersyukur dengan kenangan pada hari ini...Alhamdulillah alhamdullilah alhamdulillah... tiada kata selain alhamdulillah...