Monday, May 10, 2010

1'st Day pratikal~

Ntah apa la dorg ne buat

naaaa mo melihat rekod org

pucat disebabkan tlalu gembira~

nurul & me

Bob dengan memanjatnya


inila fail yg kami cari menggunakan kod

tangga c bob

sy tetap tersenyum walau apapun tjadi

Sunday, May 9, 2010

Hari Ibu~

Happy mother's day to all mom in the world...specially my mom~ 

haaaa hari ni adalah hari ibu sedunia. so semua org busy mau belikan something special utk ibu masing2. Samala juga saya~~ actually, teda plan saya mau jalan hari ini. tapi nenek saya datang dari kampung. Mama saya mau bawa dia makan di restoran yang sedap2.. so saya pun mau ikut.. Mula-mula mama nda mau bawa saya konon mau privacy dengan nenek. but lastly, saya di bawa~ naaaa adik2 sekali ikut ba... but its okay~ lama suda nda jalan2 dengan dorg..

Sempena  hari ibu ne, mama sy belikan nenek saya handbag & wallet. maaaahhhhaaaaallll gila tau. Saya pun tidak mampu. kali sebab saya lom kerja. so itula saya cakap mahal. tapi mama saya sanggup beli apa saja untuk nenek saya. Nenek saya dengan senang hati beli la untuk diri dia..... wahhh nenek saya ne ada class gitu... bole tahan juga citarasa dia ne. Apa2 pun material bukanla segalanya. So, saya pun tidak ketinggalan utk belikan mama saya hadiah secara senyap2. konon mau hantar brg p kedai, maka saya dengan adik bongsu p merayau beli hadiah.. 

Puas suda shopping kami p menjamu selera d kenny rogers. Sy order mknn kesukaan saya dan guest what, nenek saya pun order benda yang sama.. Licin ba dia mkn.. dan sememangnya kenny rogers adala restoran makanan yang memang berkualiti dan sedap. Mama, nenek, adik2, pakcik n makcik saya puas hati. Dan mereka dalam kekenyangan. haaaa time ini la saya bg present utk nenek dan mama saya... syukur dorg happy. susah ba mau tgk org tua happy. hahahahhaha.. Ya Allah panjangla umur mereka dan gembirakanla hati mereka...amin..

Habis jak dari restoran tu, kami sambung shopping lagi... naaaaaa brg saya ba yang paling banyak... adedededede... tapi mama saya pun okay so oleh yang demikian, apa yang saya mau semua dpt~ yeah~ i like...

Apa-apa pun, walaupun bukan hari ibu, saya tetap love dia sampai bila2. Sy akui saya anak yang kuat melawan dan degil. Tapi jauh di sudut hati saya, saya seorang sensitif dan masih mengharapkan perhatian mereka. Apalagi saya ne belom bkahwin, so masih bole ba manja2 dengan dorg.. hahahhaha.. Anyway, Happy Mother's Day... 
~My nenek minum mocha ice blended~

~Saya, Mama & Nenek~
~unclo & anty~

~Manja dan yang belakang tu baby~

~Makana Kami~

~Inila kami tapi ada kurang 3 org~
~Kenny Rogers CP~

Friday, May 7, 2010

My Anniversary Month & My Last Paper Exam~

Today is my special day~ cuz.... Setahun lima bulan bersama c dia. Saya bersyukur kerana dia masi setia dan makin menyayangi saya. Susah tau jaga hati seorang manusia ne. Alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar. Dan hari ini juga, My last paper~ Distribution systems...., subjeck yg kick. Nasib jak otak saya ne masi bole angkat. Kalau tidak memang saya give up and then drop subjeck. Tapi kalau drop makin lama la saya d UMS. huhuhuhu..

Pagi~ macam biasa saya susah mau bangun awal. Patut konon jam 5 bangun then sambung study. Tapi terlanjak sampai jam 7.30am. Nasib sempat sampai d Hall Cancelori dan ngam2 saya masuk, ngam2 juga semua orang di arah ke meja mengikut subjeck. Anyway, nasib saya tidak pening2 macam selalu. Mungkin cukup tido kot. jam 2 lebi saya tdo then bangun jam 7.30am. Cukup tido ka tu??? cukupla tu kan. heeee~ kalau ikut selalunya saya tido 14 jam sehari. Sampai c chaun pun bising. Hahahahahha. Makin pemalas saya ne tau~

Soalan DS tadi..., punyala senang. tapppiiiiiii...., saya tetap bantai. sebabnya... apa yang saya hafal semua hilang ntah ke mana. Ada jugala saya jawap betul tapi totally semua hantam. Harap En Nordin bagila markah kasian. Hohohoho. Saya keluar dewan 45minit sebelum masa tamat. Bukannya tidak mau tunggu kawan saya c sue tu tapi kepala saya mula migrain. Kalau saya migrain rasa macam mau muntah2 jak. itula paling saya benci so... utk elakkan kejadian yang tidak d inginkan, baik saya bla. Then saya message c sue yg saya balik dulu~~~ Namun.., inila last saya ambik paper dengan dia. Sem depan dia tiada suda. Dia grad.. saya masi d UMS.... Sedih saya~ sebab makin kurang kawan. So tinggal Nurul & Bob jak la member saya d UMS. Harap sem depan ada sinar kebahagian buat saya. Amin~

Petang~ saya keluar bersama tsayang. Chaun la sapa lagi. Kami celebrate our anniversary secara sederhana. Saya belikan dia bantal. Sweeet tau bantal dia. Sebab ada love2. Ingat lelaki mau ka benda pink2 ne? susah tau. Nasib jak chaun suka. i like~ Dia tidak belikan saya apa2 pun sebab bulan ne saya birthday so dia kata sekali dengan dengan present birthday. wow sweetnya~ apa2 pun, hadiah paling istimewa adalah diri dia. Saya cukup sungguh bsyukur dengan kehadiran dia di dalam hidup saya. i love u shaharul~

So kami pun tengokla wayang. Kelakar gila~ lupala apa tajuk cerita tu. yang pasti pasal binatang yang cerdik kenakan manusia. i like that movie. Funny & tengok pun enjoy~ Lepas tengok movie, kami berabis shopping. Saya beli untuk diri saya handbag, lipstick & vitamin. Semua ada diskaun. Murah gitu. Mungkin rezeki saya la ne kan sebab dapat harga yang bpatutan. oyaaaa, sebelum tgk movie, kami menjamu selera di chicken rise shop di warisan square. Hahhh inila yang mau story sikit ne. Service di restoran tu punya la lidut. Masya-Allah~ then supervisor dia siap marah2 lagi staff dia depan kami. Adui, mood saya pun macam mau ikut marah. Tapi syukur ada c chaun. Kalau teda, memang saya bla trus.. Apa2pun chaun makan dengan sungguh berselera. Macam kelaparan pun ada. HAhahahha. 

By the way, today is my happiness day. Mood pun okay jak~ i like~ Saya doakan hubungan saya bersama dia akan kekal selamanya~

~Happy Anniversary sweet 1st year 5months to Me & Chaun~
~07 Mei 2010~
~Friday~

Ini my new handbag~ tidak mahal tidak juga murah. Beli yang  termampu jak. Janji menarik~

Wednesday, April 28, 2010

Tekanan Dengan Exam~

Minggu exam ne membuatkan saya stress. Terpaksa study maut untuk score semua subject. Apa-apa pun last minit mood study baru datang. So apalagi, kepala pun 'panas'. Pening memanjang.. Namun saya tetap berusaha dan tawakal. Jujur dengan setiap jawapan walaupun saya tidakla pandai sangat. Bab hafal memang la saya lemah so saya buat ikut pemahaman saya. Kalau mau hafal tu, punyala payah.... Harap pointer saya sem ne meningkat. Ya Allah, tolongla hamba mu ini di permudahkan menghafal ilmu dan menjawap soalan dalam peperiksaan. Amin~
Anyway, Syukur jugala timed exam ne, chaun & me tidak ada masalah. Study & makan sama jak la aktiviti kami. Sem depan tiada suda dia menemani saya. So sad & but its okay.. i'm fine~ sop sop sop sop..

Monday, April 26, 2010

Aktiviti Ragbi

Aktiviti paling latest saya adala menjadi AJK ragbi. Itupun disebabkan chaun yang bawa. Memang menyeronokkan!! Kawan-kawan pun best dan banyak kenalan baru saya dapat. Dan yang paling penting, secara peribadi saya dapat mempelajari tentang sukan ragbi. Memang fun dan saya sudah jatuh cinta dengan sukan ini. Tengok jakla.. Main?? hmmm insyah-Allah kalau ada yang sudi mengajarnya. Tapi hoki tetap sukan yang digemari. Rindu plak bersukan~ timed sekolah menengah, saya paling aktif dalam sukan. Tapi bila di universiti ne, kureng sikit....cuz... teda member sekepala... Biarla bf jak bersukan.. support~

~AJK & Player~

~Pencatit Markah & Bandahari~
~Mirah & Me~

~kami menang!!~

Saturday, April 3, 2010

Piala Dekan SKTM

Tahun ini adalah tahun ke-3 saya menyertai Piala Dekan SKTM dalam acara bowling. Dan kali ke-3 juga team INTEC mendapat JOHAN. Wah i like~ Team saya tidaklah hebat sangat tetapi atas niat "Just for fun", kami bermain dengan mood happy. Tiada tekanan. Dan yang paling hebat tu, group kamilah juga cepat abis. Member team saya adalah Atie, Nurul Fadhilah dan Siti NoorSuhaila. Dan tukang sorak yang setia Murada dan Chaun. hahaha. Game bermula jam 6.30pm la gitu dan berakhir 8.30pm la juga.

Ini juga adalah tahun terakhir saya mewakili INTEC. Harap team seterusnya akan terus kekal mendapat JOHAN. Rasanya johan tidak penting, yang penting adalah semangat kesukanan.

Friday, March 19, 2010

Syukur kerana dia memahami..

Saya rasa bersyukur kerana berjumpa seseorang yang benar-benar menepati citarasa & kehendak saya. Saya sangat bahagia dan bersyukur. Saya ingatkan cerita cinta di tv dan movie tu adalah donggeng semata-mata. Namun kini saya yang alami keadaan ini. Mula-mula kenalnya, saya tidakla mengharapkan hubungan yang serious disebabkan saya tahu pasti berakhir dengan perpisahan. Ini adalah kerana saya suda beberapa kali gagal dalam percintaan. Kita buat sehabis baik, akhirnya hajat tidak kesampaian. Tetapi itu bukan alasan saya menolak untuk menerimanya. Bagi saya, kita kena bagi peluang dan merasainya. Barulah tahu kan apa kesudahannya. Sekurang-kurangnya kita tidak menyesal kemudian hari.

Chaun nama dia.... Ganjilkan nama dia. Pelik pun  ada. Gelaran kawan ragbi dia yang bagi. Dan dia cakap antara kawan perempuan, saya lah orang pertama penggil dia chaun. Kawan perempuan dia panggil dia sharul jak. hehehhehe.. bukan mo mnta puji tapi bagi saya nama chaun pelik, so panggil jak la. Dan semenjak dari itu, nama chaun famous di kalangan kawan-kawan saya. huahuahuahau.. Oya, family saya pun panggil dia chaun. Seolah-olah namanya sebenar suda tenggelam..

Makin lama saya mengenali makin banyak perkara saya ketahui. Contohnya family dia, bekas kekasih dia, dan kisah-kisah yang dialaminya. Semuanya tiada rahsia dan saya tidak bosan untuk terus mengenalinya. Bukan bermakna kami okay jak tapi kadang kala kami pun ada pertengkaran sengit. hehehhehe. kebanyakkan kami berdebat dengan topik-topik yang hangat mahupun tidak. Namun sehingga ke hari ini kami masih bersama walaupun sering tidak sehaluan pendapat.

Hmmm, hubungan antara saya dengannya tidakla saya rahsiakan daripada keluarga saya. Syukurla dorang okay jak. Dan chaun pun senang bergaul dengan mereka. Tiada segan tetapi masih menghormati antara satu sama lain. Keluarga dia? saya belum lagi bersedia untuk mengenali mereka kerana..... ntahla. Belum tiba masanya lagi. Cukupla dia dahulu dikenali...

Apa yang saya harapkan, biarlah dia terakhir dalam hidup saya di dunia dan akhirat. Amin...